Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lagend Tumis Laksa Terengganu Yang Paling Marvellous. Nak Makan Dengan Nasi Pun Boleh!

0 1,210

Ha! Ni dia resepi lagend tumis laksa Terengganu yang dihidang bersama bihun. Nama je tumis laksa tau. Tapi tak sama dengan laksa yang korang biasa makan tu. Memang unik! Nama lainnya mee calong. Resepi ni takde kat tempat lain, hanya kat Terengganu je ada.

Seperti yang kita tahu, Terengganu kaya dengan hasil laut. Hampir semua masakan tradisional Terengganu menggunakan ikan. Termasuklah tumis laksa ni. Isi ikan akan dibulat-bulat dan di campur dalam tumis laksa dan dibuat ala-ala fish ball dalam sup.

Tumis laksa atau mee calong ini juga merupakan hidangan yang paling popular di Terengganu. Seperti negeri-negeri lain, Terengganu juga ada resepi yang unik untuk kita cuba. Tak perlu tunggu nak pergi Terengganu untuk cuba resepi unik ni. Kat rumah pun boleh buat!

Ikan yang digunakan untuk tumis laksa hari ni adalah menggunakan ikan selayang. Dibuang kulit dan tulangnya. Kemudian, isinya di tumbuk. Tak perlu rebus tau! Nanti bebola ikan tu akan dimasukkan terus dalam tumis laksa. Lagi mudah!

Mesti ada yang rasa nak cuba resepi lagend dari Pantai Timur ni kan. Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ni. Mudah sangat cara penyediaannya. Menu simple ni juga sesuai di hidang bila ada jamuan atau rumah terbuka. Tetamu pun mesti suka dengan keenakannya.

 

RESEPI TUMIS LAKSA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan tumis laksa Terengganu ni. Mesti korang dah tak sabar nak cuba kan. Jangan lupa save siap-siap resepi ni okey. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan selayang 10 ekor
  • Bihun 1/ 2 bungkus

 

Bahan untuk tumis :
  • Bwg holland 1 biji  kuah lebih rasa manis bawang)
  • Bwg putih 3 biji (dimayang)
  • Halia 1/2 inci (dimayang)
  • Lada hitam 2 sb (ditumbuk halus)

 

Bahan kisar : 
  • Bwg merah 3 biji
  • Bwg putih 2 biji
  • Halia 1/2 inci
  • Cili padi 5 biji (boleh adjust ikut citarasa masing-masing)

* Kisar halus. Tujuannya supaya kuah lebih pekat dan berperisa.

 

Bahan sayur : 
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Cendawan
  • Cili besar

* Kuantiti ikut suka masing-masing

 

Bahan-bahan lain :
  • Kicap pekat 1 sb
  • Sos tomato 1 sb
  • Sos cili 1 sb
  • Garam gula secukup rasa
  • Perasa
  • Minyak masak 2 sb
  • Kiub ayam 1 kiub

CARA PENYEDIAAN TUMIS LAKSA :

▶️ Buang kulit dan tulang ikan. Ambil bahagian isi sahaja.

▶️ Kemudian isi ikan ditumbuk. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam dan perasa.

▶️ Bentukkan iei ikan bulat-bulan dan ketepikan.

▶️ Panaskan periuk dengan minyak masak.

▶️ Kemudian, masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.

▶️ Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.

▶️ Kemudian, masukkan 3 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.

▶️ Masukkan pula bebola ikan kita tadi. Bila bebola ikan timbul menunjukkan ia sudah masak.

▶️ Boleh masukkan sayur-sayuran.

▶️ Akhir sekali, masukkan garam, gula dan perasa. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Bilis Rangup Yang Paling Sedap. Memang Rangup Berhari-Hari Tau. Rugi Tak Cuba!

 

Untuk bagi rasa kuah pedas-pedas berangin. Korang jangan skip guna lada hitam. Bahan tu adalah bahan wajib ada masa nak masak tumis laksa ni. Untuk penggunaan cili pula, korang boleh adjust ikut suka masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan. Kalau tak nak, korang boleh kurangkan.

Tumis laksa ni sesuai di makan bila-bila masa je. Boleh makan begitu je, boleh juga makan dengan nasi. Sangat unik kan. Makan dengan nasi pun sedap tau! Hidang untuk makan malam pun sesuai. Tak berat, tapi mengenyangkan. Lauk ikan dan sayur pun lengkap.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Muliadi Ramli, kerana sudi berkongsi resepi lagend tumis laksa Terengganu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open