Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Jem Rambutan Homemade Tanpa Bahan Pengawet. Sedap Sangat Disapu Dengan Roti!

0 2,567

Musim buah tak habis lagi. Mesti ada yang dah bosan nak makan buah rambutan kan. Cara buat jem rambutan homemade ni sangat mudah. So, apa kata kita buat jem je semua buah rambutan yang tak habis dimakan tu. Takde lah rosak dan terbuang.

Apa yang seronoknya, buah rambutan yang kita akan buat ini bebas dari bahan pengawet. Dan cuma menggunakan 4 bahan sahaja. Sifat jem pula tahan lama. Boleh disimpan dalam peti dan dimakan dengan roti.

Mesti ramai yang tak tahu, buah rambutan ini boleh dibuat macam-macam selain dimakan begitu saja. Boleh dibuat jus rambutan fresh, jem rambutan dan juga sambal rambutan. Next time kita akan cuba resepi sambal rambutan pula ye.

So, apa kata hari ni kita ikuti perkongsian resepi jem rambutan homemade dari Cik Puan Cempaka Iris Yaya. Pasti anda teruja dengan hasilnya. Sebanyak 5.6k tanda ‘like’ hasil perkongsian beliau di Facebook.

Jem rambutan ini bukan sahaja sedap dimakan dengan roti, tetapi boleh juga dijadikan inti dalam waffle yang anda buat sendiri dirumah. Sejak pkp ni, pasti ada antara kita yang dah beli waffle maker untuk dirumah. Cubalah nanti. Sedap tau!

 

RESEPI JEM RAMBUTAN HOMEMADE

Jem rambutan juga boleh dimakan dengan pancake. Warnanya juga boleh dipelbagaikan ikut kesukaan masing-masing. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan penyediaan jem rambutan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Rambutan secukupnya
  • Gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna

CARA PENYEDIAAN JEM RAMBUTAN :

▶️ Kupas rambutan dan cuci isinya.

▶️ Masukkan dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus seketika. Tutup api dan tos.

▶️ Ambil isi rambutan dan asingkan bijinya.

▶️ Masukkan ke dalam blender dan kisar bersama air rebusan rambutan tadi.

▶️ Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering.

▶️ Masukkan garam, gula dan sedikit pewarna serta daun pandan.

▶️ Kacau sehingga air kering dan kelihatan berkilat. Barulah tutup api.

▶️ Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

▶️ Sedap disapu pada roti.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Champa Pedas Berasap Yang Paling Sedap. Berpeluh Satu Badan Dibuatnya!

 

Tara! Dah siap. Mudahkan nak buat jem rambutan ni. Pagi-pagi breakfast makan jem dengan roti pun dah kenyang. Kalau rajin bolehlah buat waffle atau pancake. Anak-anak pun mesti suka!

Lepas ni, jangan biarkan buah rambutan anda rosak begitu saja. Buat jem dan simpan dalam peti. Mereka yang ada pokok rambutan kat belakang rumah tu, lebih baik jual atau buat jem rambutan dan sedekah kat jiran-jiran. Dapat jugalah kita kumpul pahala.

Jem yang dah siap ini, baunya wangi daun pandan. Kalau anda tertarik dengan jem warna merah, gunakan pewarna merah. Nampak lah lagi menarik. Semoga resepi jem rambutan homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open