Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Apam Nasi Gebu Dan Terlajak Sedap. Cuma Guna Blander Dan Sukatan Cawan Pasti Menjadi!
Cara buat apam nasi ini sangatlah mudah. Dan ia ternyata kudapan yang diminati ramai. Cuma perlu blend nasi bersama air dan gula. Kemudian, gaulkannya bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Terhasillah apam nasi yang gebu dan sedap.
Selalunya nasi lebihan yang ada, mesti akan dijadikan nasi goreng. Tapi, mesti ada yang dah bosankan. Kadang-kadang nasi terbiar hingga basi je dan tak tahu nak buat apa. Tahu tak, lebihan nasi itu boleh dijadikan apam yan gebu dan sedap.
Resepi ini sama sekali tidak sama dengan apam yang biasa kita masak. Sebab ianya menggunakan nasi sebagai bahan utama dalam penyediaannya. Nasi yang dikisar perlu diperap untuk mendaptkan apam nasi yang lebih gebu. Semakin lama diperap, semakin gebulah ia.
Resepi apam nasi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan No Or yang juga merupakan pencinta resepi baru dalam masakan. Jadi, sebaiknya bila ada lebihan nasi jangan sesekali dibuang ye.
Dengan mengikuti resepi ini anda boleh merubah nasi sejuk menjadi apam nasi yang gebu dan sedap. Dapat kita elakkan sifat membazir. Lebih sedap lagi bila dimakan dengan kelapa parut. Anak-anak pun mesti suka.
RESEPI APAM NASI GEBU
Resepi apam nasi ini sesuai dijadikan menu minum petang. Dapat pula dengan kopi panas memang seronak dan rasa santai je minum petang kita kan. Jadi apa tunggu lagi jom follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan Nasi
- 2 1/2 cawan Air
- 1 1/2 cawan Gula (kalau tak nak manis boleh kurangkan)
- 2 cawan Tepung Beras
- 2 cawan Tepung Gandum
- 2 sdt mauripan atau yis instant.
- 1 sdt soda bicarbonate
CARA PENYEDIAAN APAM NASI GEBU :
▶️ Satukan semua bahan dan blender halus.
▶️ Kemudian perap selama 3-4 jam. Perap lama sikit, apam jadi lagi gebu.
▶️ Kalau adunan pekat sangat boleh tambah air sikit. Dapatkan adunan yang tak pekat dan tak cair, sedang sedang je.
▶️ Boleh masukkan pewarna dan kacau rata.
▶️ Sapukan minyak pada acuan, supaya senang untuk dikeluarkan nanti.
▶️ Isi adunan dalam acuan kuih lompang.
▶️ Kemudian, kukus selama 10 – 15 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap, keluarkan dari acuan.
BACA JUGA: Resepi Nasi Ayam Thai Yang Mudah Dan Sedap. Menu Hujung Minggu Untuk Keluarga, Confirm Nak Lagi!
Mudahnya! Semua bahan perlu di kisar halus je dan dikukus. Kelapa perlu di letak sedikit garam barulah terasa manis masin yang cukup dalam kuih ni. Rasa gebu dan lembut je bila dimakan kan.
Selain dihidang waktu pagi dan juga petang. Resepi apam nasi ni boleh digunakan untuk jualan. Memang laku keras. Dengan warna dan bentuknya yang comel buat orang ramai tertarik.
Jadi lepas ni, kalau ada lebihan nasi jangan sama sekali buang. Terus je buat resepi ni mesti tak bosan nak makan. Semoga resepi apam nasi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!