Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sambal Penyet Tanpa Bawang. Pelik Tapi Rasa Super Sedap!
Kalau makan ayam penyet, paling penting adalah pada sambal penyet nya. Rosak rasa yang ni, memang spoil rasa keseluruhan nasi penyet ni. Tapi kalau sambal nya sedap, memang boleh buat kita bertambah-tambah jadinya!
Ada yang suka makan dengan ayam penyet, keli atau pecel lele. Ada juga suka makan dengan bawal, kembung dan pelbagai lagi lah yang sesuai dimakan bersama. Hidangan simple je tapi rasa dia memang terbaik!
Nak buat sambal yang sedap pulak banyak faktor yang mempengaruhi. Daripada bawnagnya, cili yang digunakan perlu betul dan dalam keadaan segar. Barulah dapat hasilkan sambal penyet yang marvellous!
Ada ramai yang kongsikan cara nak buat sambal penyet yang sedap. Yang sama macam kedai, yang sebijik macam rasa resepi dari tanah asal. Jadi saya nak kongsikan salah satu resepi sambal penyet yang super sedap daripada page Food Makan.
Resepi ni uniknya tak gunakan bawang pun tapi rasa sambalnya memang boleh buat kita termimpi-mimpi dengan kesedapannya.
RESEPI SAMBAL PENYET
Kalau suka dengan sambal penyet ni, boleh buat banyak-banyak dan simpankan dalam peti. Bila nak makan, keluarkan sahaja. Dah la simple, mudah pulak nak buat!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tomato ( belah 4)
- Cili Besar
- Cili Padi
- Belacan
- 1 genggam ikan bilis
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN SAMBAL PENYET :
▶ Mula-mula sekali, gorengkan ikan bilis sehingga garing.
▶ Bila dah garing, masukkan tomato, cili padi dan cili besar. Goreng sekejap sehingga layu.
▶ Jangan lupa masukkan sekali belacan.
▶ Dah layu, boleh padamkan api. Kemudian masukkan dalam mesin pengisar.
▶ Kisar kasar semua bahan dan masukkan semula dalam kuali tadi.
▶ Masak sehingga kering air dan pecah minyak.
▶ Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Bbq Kambing Homemade. Bahan Simple Rasa Kambing Pun Lembut Jer!
Kalau selama ni, kita buat sambal penyet gunakan bawang kan. Tapi kali ni kita tak guna bawang tapi rasa dia memang sedap. Wangi je bau dia. Campuran dengan ikan bilis tu lagi menaikkan rasa.
Nak buat sambal penyet ni tak ada sukatan khusus. Kalau rasa nak merah, lebihkan cili besar. Jika nak extra pedas, boleh lebihkan cili padi. Macam tu juga kalau nak sedap dan kurang pedas, boleh lah tambah sikit lagi tomato. Haa macam tu lah kisahnya.
Jadi, boleh cuba buat sikit dulu. Kalau sedap, boleh buat lagi sebagai stok simpanan dalam peti ais. Hidangkan dengan sup panas-panas dan ayam goreng penyet. Memang terbaik!