Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Tips Dan Cara Mencuci Sotong Yang Betul Sebelum Masak. Hasilnya Sotong Jadi Pejal Dan Tak Berair Bila Di Masak. Sedap!
Korang pernah tak masak sotong dan keluar banyak air? Ha, actually ada cara mudah yang korang kena tahu untuk keluarkan air sotong sebelum di masak. Follow tips dan cara mencuci sotong yang betul di sini. Barulah hasil sotong yang kita masak tu sedap.
Yang suka makan seafood memang kena try cara ni. Hasil sotong yang siap di basuh menggunakan garam akan mengeluarkan air yang berbuih-buih macam sabun. Tekstur sotong juga akan menjadi pejal. Lagi berselera nak makan nanti. Air pun dah tak keluar banyak.
Ada tak kat sini yang tak makan sotong sebab alergik. Actually, saya pun orang yang macam tu. Tips saya basuh sotong juga adalah di ramas menggunakan garam kasar. Alhamdulillah hasil cucian yang bersih. Saya dah boleh makan sotong dah sampai sekarang.
Rugi kalau tak makan seafood. Hilang rasa nikmat makan! Untuk pengetahuan, tips ni telah di kongsikan oleh seoarng pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noris Nora. Korang dah boleh try tips ni kalau nak masak nanti. Memang teruja makan sotong yang pejal dan sedap macam ni.
Menurutnya, tips ni di perolehi sewaktu beliau menonton dokumentari nelayan Korea. Orang kat sana basuh sotong kurita cara ni. Dan apabila beliau mencubanya, ternyata hasil sotong jadi pejal dan tidak berair bila di masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.
TIPS DAN CARA MENCUCI SOTONG
Tips ni tak menggunakan bahan yang banyak. Korang hanya perlukan sotong dan garam. Garam yang korang guna tu selot-eloknya garam kasar. Tapi kalau dah takde sangat, garam halus pun boleh. Jom kita tengok tips dan cara basuh sotong kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Sotong
- Garam kasar
CARA MENCUCI SOTONG YANG BETUL :
▶️ Potong sotong ikut saiz yang kita nak.
▶️ Taburkan garam kasar dalam sesudu dua dalam bekas berisi sotong. Garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar.
▶️ Gaul dan ramas-ramas sotong + garam tersebut.
▶️ Ramas sampai keluar buih macam sabun.
▶️ Sotong akan keluarkan buih-buihseperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
▶️ Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersihsehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
▶️ Kemudian, tapis sotong uuntuk sejat airnya.
▶️ Bolehlah masak seperti biasa. InsyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Pukis Yang Lembut Dan Pelbagai Perisa. Confirm Nak Lagi Dibuatnya. Anak-Anak Pun Suka!
Wow! Mudah je sebanarnya. Korang basuh bersih je air garam tu memang tak akan masin. Sotong pun dari air masin kan. Guna tips ni mesti korang akan terus buat bila nak masak sotong nanti. Actually, udang pun boleh di basuh bersih dulu menggunakan garam kasar.
Berguna sangat tips ni untuk korang yang suka makan sotong. Dah siap basuh korang sejat air dan boleh masak apa-apa je lauk yang korang suka. Kalau sotong besar lagi sedap masak sambal sotong kan. Takde lah sambal sotong korang berair dah macam kuah sambal nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Noris Nora kerana sudi berkongsi tips dan cara basuh sotong yang betul ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Save dan share tips ni kat ramai orang. Selamat mencuba!