Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Ayam Thai Yang Mudah Dan Sedap. Menu Hujung Minggu Untuk Keluarga, Confirm Nak Lagi!

0 841

Resepi nasi ayam thai ini hampir sama dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Perbezaannya adalah pada sos dan juga penggunaan daun ketumbar dalam keseluruhan penyediaannya. Sesetengah orang kata, cara memasak nasi ayam thai jauh lebih mudah berbanding nasi ayam biasa.

Kadang-kadang tu rasa bosan juga kan nak makan nasi ayam biasa. Terasa juga tekak nak ubah selera. Mungkin boleh cuba resepi nasi ayam thai ni. Nampak sosnya pun memang berbeza dengan nasi ayam biasa.

Siapa je yang tak suka dengan masakan ala thai kan. Orang melayu memang gemar dengan hidangan thai dan sesuai dengan tekak. Nak masak nasi ayam thai ni lebih baik pakai beras yang baik contohnya beras faezah herba poni, beras wangi thai barulah lagi berselera dibuatnya.

Resepi nasi ayam thai ini telah dikongsikan oleh Encik Fad Kadeen yang merupakan seorang pengguna facebook. Menurut beliau, resepi nasi ayam thai yang dimasaknya adalah menggunakan resepi Chefobie Untold.

Bahan-bahan yang diperlukan dalam hidangan ini juga mudah diperolehi dan cara memasaknya juga sangat lah simple. Penggunaan minyak kelapa jenama mendetop boleh ditukar dengan menggunakan minyak kelapa jenama lain.

 

RESEPI NASI AYAM THAI

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam hidangan ini dan bagaimana cara penyediaan nasi ayam dan juga sup ayam thai ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor Ayam (dipotong 12,8,6)
  • 1 setengah liter Air
  • 3 btg akar Daun Ketumbar (dicuci bersih)
  • 2 inci Halia Tua (dihiris)
  • 1 sdb Garam atau secukupnya
  • 3 sdb Stok Ayam

 

Bahan untuk nasi :
  • 600gm atau 3/4 mangkuk Beras
  • 1 suku liter Air Rebusan Ayam
  • 2 sdb Minyak Kelapa Medetop

 

Bahan sos cili nasi ayam thai :
  • 5 btg Cili Api Merah (dihiris)
  • 5 btg Cili Api Hijau (dihiris)
  • 2 sdb Sos Ikan Thai
  • 1 sdt Kicap Manis
  • 4 sdb Sos Cili Thai
  • 1/2 biji perahan Jus Limau Nipis
  • Sedikit hirisan Daun Ketumbar (ditabur pada sos)
  • 1 sdt Gula Pasir

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM THAI :

▶️ Didihkan air, masukkan akar ketumbar, halia, potongan ayam, garam dan stok ayam. Biar mendidih.

▶️ Setelah mendidih, keluarkan ayam.

▶️ Dengan menggunakan rice cooker, masukkan air rebusan ke dalam beras yang telah dicuci.

▶️ Susun ayam atas beras dan masukkan minyak kelapa medetop. Kemudian, set masak nasi seperti masak nasi putih.

▶️ Sementara itu, siapkan sos nasi ayam thai.

▶️ Satukan ke semua bahan sos cili nasi ayam thai dan kacau mesra. Siap untuk digunakan.

▶️ Baki air rebusan dijadikan sup utk nasi ayam.

▶️ Taburkan daun ketumbar ke dalam sup dan boleh di tambah air lagi.

▶️ Apabila nasi ayam thai telah masak di rice cooker. Bolehlah hidangkan nasi, ayam dan juga sos cili thai tadi. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Kicap Johor Super Sedap. Nak Cicah Apa Pun Boleh, Memang Padu!

 

Siap untuk dihidang! Nampak bahan memasak yang digunakan banyak. Tetapi sebenarnya cara penyediaannya sangatlah mudah dan tidak renyah. Nasi dimasak sekali bersama ayam dengan menggunakan rice cooker. Itu lebih mudah.

Lepas ni nak makan nasi ayam thai tak perlu beli kat kedai lagi. Confirm dah boleh buat sendiri. Boleh dijadikan menu harian tanpa menunggu hujung minggu. Lebih mudah dimasak berbanding nasi ayam biasa.

Semoga resepi nasi ayam thai ini bermanfaat buat kita semua. Makan nasi ayam panas-panas dengan sup ayam memang boleh terangkat dibuatnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open