Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Apam Beras Yang Super Simple Dan Sedap. Resepi Mudah Nak Buat Untuk Seisi Keluarga!

Apam beras gebu gebas
0 2,432

Siapa yang suka makan apam? Tak kisah lah apam apa pun. Sama ada apam nasi, apam kampung, apam beras, apam jagung dan sebagainya. Sedapkan kalau dapat makan kuih apam ni.

Kuih apam ni ada yang jual pagi-pagi dan juga sesuai dimakan petang-petang. Dan ada kuih apam yang sesuai makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul garam.

Namun ada juga yang suka makan apam tanpa apa-apa tambahan yang lain. Dalam banyak-banyak apam yang ada, apam beras ni memang sangat famous sebab rasa yang sedap dan lembut je.

Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Hazura Hashim ni yang share macam mana beliau buat kuih apam beras yang lembut je. Sharekan supaya senang nanti kita nak buat.

 

RESEPI APAM BERAS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan nasi
  • 2 ½ cawan gula
  • 2 ½ cawan air suam
  • 1 paket yis 11 gram

CARA PENYEDIAAN APAM BERAS  :

▶ Mula-mula sekali, kisar nasi dengan sedikit air sehingga halus. Kemudian, tambah gula. Kisar lagi sehingga sebati.

▶ Kemudian, campurkan tepung beras, tepung gandum, dan juga yis. Kacau sehingga sebati semua tepung di dalam satu besen.

▶ Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sampai semuanya sekata. Jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair.

▶ Tutup adunan dengan kain. Simpan di tempat yang panas dan suam supaya yis tu aktif.

▶ Perapkan selama 1 jam lebih kurang. Nanti, adunan kita akan mengembang dalam bekas kita.

▶ Dalam masa yang sama, panaskan periuk kukus sehingga mendidih. Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.

BACA JUGA: Resepi Kek Coklat Moist Sedap. Bakar Boleh Kukus Pun Padu!

▶ Masukkan pewarna mengikut kita suka dan masukkan ke dalam acuan. Acuan yang kita nak gunakan tu, sapukan dengan minyak terlebih dahulu.

▶ Kukus sampai masak dan sediakan kelapa parut. Kelapa parut ni, kukus sekejap dan gaulkan dengan garam.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi apam ni mudah je kan nak buat. Serious senang dan rasa dia memang marvellous. Nak buat makan pagi boleh, makan petang pun sedap! Untuk yang baru nak belajar buat apam, boleh lah cuba buat apam beras ni. Makan waktu masih panas memang awesome!

Apam ni memang antara kuih yang paling tepat nak buat jika kita orang yang baru nak belajar. Sebab selain resepi yang simple, rasa dia pun ramai yang suka.

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open