Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Sedap Makan Dengan Nasi Panas Atau Lemang!

Daging masak hitam
0 2,029

Bila kita ada event kecil seperti kenduri atau makan-makan kecil-kecilan bersama keluarga besar best juga kan buat masak bersama-sama. Rewang kata orang kampung. Balik rumah mak kita atau mak mertua ramai-ramai dan masak serta makan bersama.

Tapi ada yang suka bahagikan kerja siap-siap. Satu keluarga masak lauk ni, satu keluarga lagi masak lauk yang lain pulak. Bila dah sampai rumah tahu je dah siap ada makanan. Ready untuk makan je!

Macam resepi yang dikongsikan Cik Puan Norzunur’Ain Mohamed Moklas ni nampak macam sedap je. Makan dengan nasi putih pun sedap dan padu!

Jom saya share resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri yang digunakan oleh beliau. Selain makan dengan putih, nak buat makan dengan lemang atau ketupat palas pun sesuai sangatlah rasanya!

 

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kg daging ( potong nipis je)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Buah pelage
  • 2 atau 3 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • ½ cawan kicap pekat

BAHAN KISAR :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 10 tangkai cili kering

BAHAN HIRIS/ MAYANG :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM :

▶ Mula-mula sekali, tumis bawang merah, awang putih, kulit kayu manis, daun kari dan juga bunga lawang. Tumis sampai wangi

▶ Seterusnya masukkan bahan yang dikisarkan. Tumis sekejap sampai garing. Ketika menumis, lebihkan minyak.

▶ Kemudian, masukkan daging dan air. Reneh sampai daging empuk. Kemudian, masukkan kicap pekat.

▶ Perasakan dengan air asam, garam dan juga gula. Kalau kita nak gunakan pressure cooker, tak perlu letakkan air. Hanya masukkan kicap pekat tanpa masuk air. Kemudian masak macam biasa menggunakan mode daging.

▶ Masak sampai daging betul-betul lembut dan empuk

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Apam Beras Yang Super Simple Dan Sedap. Resepi Mudah Nak Buat Untuk Seisi Keluarga!

Seriously korang memang wajib cuba sekali resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri yang saya kongsikan ni. Mudah nak follow dan senang nak buat. Sekali buat je pun menjadi. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik!

Nak buat untuk makan dengan lemang waktu raya nanti, boleh save dulu resepi ni. Sharekan di wall facebook. Mudah nanti kita nak share balik dan rujuk semula.

Untuk yang baru nak mula mencuba, saya ucapkan selamat menjamu selera dan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open