Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Masakan Ayam Singgang Kelantan Yang Simple Dan Awesome. Resepi Mudah Dan Marvellous!

Ayam sengge kelate
0 1,795

Setiap negeri ada makanan dan masakan yang unik dan tersendiri. Ada makanan yang menjadi simbolik bagi negeri-negeri tertentu. Sebut je pun kadang-kadang pun tahu dari negeri mana.

Contohnya, masak lemak cili padi simbolik kepada masakan Negeri Sembilan. Asam Pedas makanan negeri Melaka, Nasi Kerabu Kelantan, Nasi Dagang pula Terengganu. Banyak lagi sebenarnya yang kita tak tahu.

Selain daripada itu, ada juga makanan yang memang ada dekat negeri tersebut sahaja. Antaranya ialah masakan singgang ayam Kelantan ni memang susah nak nampak di negeri lain. Melainkan untuk makan di rumah sahaja yang mana tuan rumahnya orang Kelantan.

Masakan macam ni tak semua orang Kelantan sendiri tahu pun. Jadi ramai yang dah cuba dan rasa dia memang tersangatlah sedap. Boleh cuba follow resepi yang saya kongsikan ni.

Terima kasih kepada Cik Puan Myra Edora sebab sudi kongsikan resepi ayam singgang Kelantan atau nama dalam dialek Kelantannya ialah Resepi Ayam Singge Kelate.

 

RESEPI AYAM SINGGANG KELANTAN

Jika ada yang nak tukarkan kepada daging, sotong atau ikan pun boleh. ikut citarasa kita sendiri ye. ūüôā

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ¬Ĺ biji bawang merah ( hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih ( hiris halus memanjang)
  • Sebesar ibu jari halia ( hiris nipis memanjang)
  • Lengkuas saiz sederhana ( hiris nipis memanjang)
  • 2 batang serai ( diketuk)
  • 1 sudu kecil Rempah ketumbar (tumbuk hancur)
  • 2 tangkai lada kering ( besar)¬† rrebus dan buang biji
  • 5 biji lada burung
  • 3- 4 keping asam keping
  • Garam
  • Gula
  • 5 sudu besar budu ( cap apa-apa pun boleh)

CARA PENYEDIAAN AYAM SINGGANG KELANTAN :

‚Ė∂ Mula-mula sekali, potong ayam kecil-kecil dan basuh bersih.

‚Ė∂ Kemudian, letakkan ayam dalam kuali. Jangan pasang api lagi.

‚Ė∂ Seterusnya, masukkan semua bahan-bahan yang kita dah hiris nipis, dan ketuk dan tumbuk di atas ayam.

‚Ė∂ Tuang budu ke atas ayam dan bahan tadi. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perencah.

BACA JUGA: Cara Masak Kari Sotong Tanpa Santan Ala Mamak. Serious Sedap Dan Rasa Berempah!

‚Ė∂ Gaulkan semua bahan supaya sebati dan budu terkena pada semua ayam.

‚Ė∂ Kemudian, masukkan air untuk kuah. Pasang api dan masak sehingga kuah mendidih.

‚Ė∂ Rasakan dulu kalau kurang boleh tambah bahan perasa. Jika rasa dah okay, boleh padamkan api.

‚Ė∂ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Waah! Nampak mudah betul buat ayam singgang Kelantan ni. Rasa dia pun sudah tentu mengancam dengan budu yang digunakan. Memang terbaiklah bau dia.

Nak makan lauk masakan singgang ayam ni, makan dengan nasi putih panas-panas. Confirm bertambah nasi dibuatnya tau!

Saya harap perkongsian kali ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Cubalah! Dan hidangkan kepada ahli keluarga. InsyaAllah semua akan suka.

Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open