Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Sambal Udang Petai Tempe Yang Sedap. Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!

0 1,101

Pasti ramai penggemar sambal udang petai disini. Kali ini ada satu perkongsian resepi yang menggabungkan udang, petai dan juga tempe yang kita panggil sebagai resepi sambal udang petai tempe.

Biasanya sambal udang hanya dimasak bersama petai, tapi kali ini ia akan dicampur bersama tempe yang digoreng garing terlebih dahulu. Udang juga akan digoreng separuh masak terlebih dahulu sebelum ia dimasak bersama sambal.

Lauk ini sangat sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas dan dijadikan juadah makan tengahari ataupun malam. Selain itu, ianya juga boleh dimakan ratah begitu sahaja dan pastinya buat anda hingga menjilat jari.

Resepi sambal udang petai tempe ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hana A Razak. Penggemar udang sambal sudah pasti seronok mencuba resepi baru ini.

Petai sangat sinonim digabungkan dengan sambal udang. Ianya juga mempunyai khasiat buat tubuh badan kita sebagai contohnya dapat melancarkan penghadaman, membantu diet dan macam-macam lagi.

 

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI TEMPE

Walaupun petai berbau busuk, tetapi khasiatnya terlalu banyak. Ianya tidak sama sekali memudaratkan kesihatan kita. Jom kita lihat bahan yang diperlukan dalam resepi ini dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 peket tempe
  • 1 mangkuk udang
  • 1 mangkuk kecil petai
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 sudu cili kisar
  • Air asam
  • Garam
  • Gula perang
  • Kicap

CARA PENYEDIAAN SAMBAL UDANG PETAI TEMPE :

▶️ Potong tempe bentuk dadu memanjang, gorengkan tanpa kunyit dan garam. Nak potong nipis lagi pun boleh.

▶️ Kemudian, gorengkan udang. Salutkan sedikit garam dan goreng sekejap sahaja. Nak letak kunyit pun boleh.

▶️ Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang. Masukkan 3 sudu cili kisar dan kacau.

▶️ Masukkan air asam sedikit, nak guna asam keping pun boleh. Masak hingga sambal pecah minyak.

▶️ Bila sambal dah pecah minyak, masukkan gula dan renjiskan sedikit kicap. Tujuannya untuk bagi sambal sedikit gelap dan bukan merah menyala.

▶️ Tambah sedikit air kalau kuah kelihatan kering. Perasakan dengan garam.

▶️ Bila kuah dah mengelegak, masukkan petai dulu. Kemudian, kacau rata.

▶️ Seterusnya, masukkan tempe yang digoreng tadi. Kacau rata kesemuanya.

▶️ Dah cukup rasa, baru masukkan udang, sekejap je dalam 2-3 minit. Kemudian, terus tutup api. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Vietnam Roll Seafood Yang Mudah Dan Sedap. Nak Diet Jom Cuba Menu Ni, Confirm Puas Hati!

 

Siap untuk dihidang dan dimakan dengan nasi putih panas. Nak makan petai macam tu je rasanya tak semua mampu makan begitu sahaja. Lebih sedap dimasak dengan sambal. Sedap hingga menjilat jari dibuatnya.

Lepas ni nak masak sambal udang boleh tambah tempe goreng garing dah. Rajin-rajinkan lah diri beli tempe kat pasar ye. Sedap sangat tau. Lagi garing lagi sedap. Dah macam makan sambal ikan bilis yang dicampur tempe dan kacang.

Jarang kita jumpa orang yang tak gemar dengan sambal udang ni. Dapat udang fresh lagi heaven. Semoga resepi sambal udang petai tempe ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open