Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Moist Sedap. Bakar Boleh Kukus Pun Padu!
Pernah tak rasa nak makan benda manis lepas dapat makan berat macam nasi tu. Mula lah tercari kek ke, coklat dalam peti, aiskrim sebagai dessert. Kalau memang ada je sentiasa seronok lah kan.
Sebab tu, dekat rumah ni memang siap sediakan sekali makanan manis yang boleh dimakan sebagai pencuci mulut. Rasa puas je tau dapat makan. Kemudian, bilas dengan air masak segelas dua.
Dalam perkongsian kali ni, saya share macam mana nak buat kek coklat yang moist. Dah nama kek coklat kan, haruslah manis dan kena dengan citarasa kita. Tapi yang menariknya, tak lah terlalu manis sampai boleh potong kaki.
Jom saya kongsikan resepi yang dikongsikan oleh Tuan Saiful Nasuha ni. Nampak sedap dan boleh buat kita terliur lah kalau terpandang.
RESEPI KEK COKLAT MOIST
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan susu pekat
- ¾ cawan gula
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking soda
- 2 biji telur
- 1 ½ cawan minyak masak
- 1 cawan serbuk koko
- ½ cawan air panas
- 1 penutup esen vanilla
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT MOIST :
▶ Mula-mula sekali, masukkan telur, gula, minyak, dan esen vanilla ke dalam mesin pengisar atau blender
▶ Kisar sampai sebati semua bahan.
▶ Seterusnya, dalam bekas berasingan. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking soda dan serbuk koko. Gaul rata.
▶ Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit bahan kisar tadi. KAcau dan satukan menjadi satu adunan.
▶ Jika terlebih keras, masukkan air panas sedikit.
▶ Kacau sehingga adunan kita tidak berketul dan nampak cantik licin je.
▶ Bila adunan dah sebati, boleh sediakan loyang.
▶ Sapu minyak atau oleskan dengan marjering seluruh Kawasan loyang.
▶ Tuang adunan ke dalam acuan loyang kita.
▶ Akhir sekali bakar dengan suhu 125 darjah Celsius selama 50 minit. Atau boleh juga kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Bila kek dah hampir masak, boleh sediakan topping untuk dituang ke atas kek kita nanti. Nak buat topping ni ada pelbagai versi dan cara. Jadi terpulang kepada kita nak follow yang mana okay.
RESEPI TOPPING COKLAT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Coklat masakan
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar susu tepung atau susu segar
- 1 sudu besar susu pekat atau gula
- Coklat rice sebagai hiasan
BACA JUGA: Buat Aiskrim Oreo Viral Menggunakan 3 Bahan. Rasa Sebijik Macam Kedai!
CARA PENGGUNAAN TOPPING COKLAT :
▶ Mula-mula, masak bahan topping di atas ni kesemuanya di atas api sehingga mendidih dan pekat
▶ Bila kek dah agak sejuk. Tuangkan topping atas kek dan taburkan dengan coklat rice.
▶ Pastikan semua permukaan kek kena dengan topping ye. Barulah sedap.
Waah! Sedapnya bayangkan ada kek coklat moist macam ni ada dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan sedia untuk dimakan. Boleh juga buat untuk hidangan petang atau nak buat jualan pun sangat okay!
Ada yang gunakan resepi kek coklat moist yang saya kongsikan ni sebagai sumber income harian. Alhamdulillah, sedikit sebanyak boleh bantu mereka yang memerlukan.
Jom, kongsikan di wall facebook masing-masing dulu. Senang nak rujuk bila nak buat nanti. Semoga perkongsian kek coklat ni boleh membantu korang semua untuk berjaya hasilkan kek coklat yang super sedap!
Selamat mencuba!