Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Yang Paling Sedap. Sebekas Tak Cukup Weh!
Siapa sini suka makan kek pandan cheese leleh? Sejak makan sekali haritu, terus jatuh cinta dengan kek ni. Tapi time tu beli kat luar. Lepas ni gigih nak buat sendiri. Aku follow je resepi kek pandan cheese leleh ni kat sini. Sebekas tak cukup dibuatnya!
Nak beli kek ni kat luar memang tak berbaloi bagi aku. Sebab tengok resepi, ehhh senang je rupanya. Korang yang tak reti buat kek pun boleh try. Beli kat luar mahal weh! Kita buat sendiri, kita makan sendiri lagi puas hati.
Kek pandan cheese leleh ni tak muak makan bagi aku. Sebab rasa manis kek tak terlalu manis. Dilawankan pulak dengan rasa lemak cheese. Memang sedap! Lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk keluar dari peti. Menjilat jari dibuatnya!
Resepi kek pandan cheese leleh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zubaidah Rasid. Kek ni wangi pandan, masa kukus tu bau satu rumah. Anak-anak mesti tak sabar nak makan bila hidu bau kek ni.
Tekstur kek lembut, moist dan semestinya sedap. Bila buat sendiri ni korang boleh letak banyak mana cheese yang korang nak. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Masuk dalam bekas-bekas kecik tu je. So, boleh makan sebekas-sebekas.
RESEPI KEK PANDAN CHEESE LELEH
Kena sediakan dua bahagian bahan. Satu adunan kek pandan dan satu lagi bahan untuk topping. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek pandan cheese leleh ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 bji telur
- 1 cawan gula (nak kurangkan pun boleh)
- 1sb ovallate
- 1sk emolco pandan
- 1sk pewarna hijau
Sementara tu sediakan :
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1sk soda bicarbonate
- 1sk baking powder
- 1sk cream of tartar (Optional)
Bahan untuk topping :
- Slice chesee tu 10kpg
- 1/2 cwn susu cair
- 1 cwn whipping cream non diary
- 1/2 cwn susu pekat
- Cheese parut (Brand Beqa)

CARA PENYEDIAAN KEK PANADAN CHEESE LELEH :
▶️ Tapis semua bahan, then masukkan dalam bahan mix tadi. Mix semua sampai sebati.
▶️ Dah siap, gaulkan 5 sudu butter yang dah dicairkan dari awal menggunakan spatula. Time ni gaul laju-laju.
▶️ Dah siap, boleh kukus dalam bekas 450sq tu. Tutup pakai penutup plastik tu terus. Lama sikit dalam 20-25 minit.
▶️ Tujuan tutup bekasnya sebab tak nak wap air masuk dalam kek. Boleh jugak tutup pakai rapping plastik.
CARA PENYEDIAAN TOPPING :
▶️ Cairkan slice cheese dengan 1/2 cwn susu cair double boil.
▶️ Biarkan sejuk dulu. Kalau pakai cream cheese lebih mudah.
▶️ Putarkan whipping cream non diary 1 cawan sampai kental.
▶️ Masukkan pulak 1/2 cwn susu pekat.
▶️ Kemudian, mix semua. Nak cair sikit boleh tambah lagi susu cair.
▶️ Tabur cheese parut dan simpan dalam peti sebelum di makan.
BACA JUGA : Resepi Ketupat Pandan Jagung Yang Beraroma Dan Sedap. Bau Pandan Semulajadi Ye!
Memang tak mengecewakan! Follow sebijik-sebijik confirm menjadi. Siapa kata nak buat kek ni susah. Susah lagi cari duit dan beli kek yang siap ni kat luar dengan harga mahal. Hahaha! Kek ni sesuai juga dijadikan pemanis mulut di majlis-majlis ye.
Kek ni sesuai juga dijadikan kek hari jadi. Tak perlu beli kat luar pun. Kat luar tu belum tentu sedap. Dah tu belum tentu korang boleh habiskan. Dah ada resepi kek pandan cheese leleh ni baik buat yang macam ni je. Dah sah-sah korang pun suka!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zubaidah Rasid kerana sudi berkongsi resepi kek pandan cheese leleh ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially cheese lover. Selamat mencuba!