Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Pari Bakar Marvellous Yang Paling Simple. Sambal Dia Memang Sedap Ye!
Lama sangat rasa tak makan ikan pari bakar. Hujung minggu ni aku nak balik kampung. Nak minta abah beli ikan pari. Sebab nak try resepi ikan pari bakar yang marvellous ni. Sambal dia memang padu katanya. Tu sebab aku nak cuba.
Kat tempat aku ikan dia murah-murah ye. Nak ikan apa semua murah. Tu pasal aku tak makan ikan sangat kat sini. Dah la mahal, mata ikan pun semua dah pakai contact lens. Tak fresh! Ikan pari ni, kalau bakar yang fresh memang sedap weh.
Nak bakar ikan ni kena tengok kat sambal atau bahan rempah yang kita nak guna kat ikan tu. Kalau sambal dia atau bahan perap dia tak sedap, mesti spoil masa makan nanti. Makan kat kedai pun belum tentu sedap tau. Kena bayar mahal je.
Merata kat Facebook aku cari resepi ikan bakar pari yang buat aku terliur. Akhirnya jumpa jugak resepi ikan pari bakar yang dikongsikan oleh Cik Puan Erma Azizie ni. Nampak menarik ye dan ramai orang share Resepi ni kat Facebook.
22k share sampai ke hari ni. Ramai kan! Mesti korang pun terliur tengok gambar ikan pari bakar ni. Buat sendiri je kat rumah lagi puas hati. Makan kat luar pari bakar ni, mahal ye. Tak berbaloi! Dapat pulak yang tak sedap. Habis duit je.
RESEPI IKAN PARI BAKAR
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan pari bakar ni. Bakar dalam oven atau pemanggang ajar pun boleh. Tak payah nak buat arang bagai.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
- 3 batang cili besar
- 4 batang cili padi
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Asam keping
- Daun limau purut (mayang halus)
- Daun kunyit (mayang halus dan buang urat tengah)
- Daun pisang
- Aluminium foil
CARA PENYEDIAAN IKAN PARI BAKAR :
▶️ Cuci bersih ikan pari.
▶️ Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan cili padi.
▶️ Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing.
▶️ Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa.
▶️ Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Sambal dah siap!
▶️ Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Ambil pulak sambal letak sikit atas daun pisang tu.
▶️ Kemudian, letak pulak ikan. Lepastu, letak lagi sambal dan balut.
▶️ Last sekali, bakar sampai ikan masak guna oven pun boleh. Resepi ni guna kuali pemanggang ajaib je.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Yang Paling Sedap. Sebekas Tak Cukup Weh!
Siap pun ikan pari bakar kita. Dulu duduk Melaka aku selalu pegi makan kat ikan bakar Malim dan Umbai. Kat situ dapat jugak la aku makan ikan fresh. Rasa isi ikan pun manis. Harga dia tak la terlalu mahal macam kat beberapa tempat tu.
Ikan bakar ni kalau nak lagi sedap, korang bakar balut dengan daun pisang. Baru la beraroma masa bakar nanti. Lepastu ikan yang korang bakar guna aluminium foil pun tak lekat. Kena guna daun jugak tau even korang guna aluminium foil.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Erma Azizie kerana sudi berkongsi resepi ikan pari bakar yang marvellous ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!