Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Marble Klasik Homemade. Lembut, Gebu Dan Mudah Sangat Nak Buat!
Nah, ni dia resepi kek marble klasik homemade. Boleh buat sendiri kat rumah lepas ni. Tak payah beli kat luar lagi. Makan kek marble ni panas-panas maman sedap ye. Lembut, gebu dan mudah sangat nak buatnya.
Siapa kat sini suka makan kek marble? Kek ni memang famous satu ketika dulu. Sesuai dijadikan kek minum petang atau kek hidangan untuk tetamu yang datang ke majlis kenduri atau majlis sambutan. Dah tentu ramai penggemarnya.
Kek marble klasik ni banyak je jual kat luar. Tapi nak jumpa yang sedap tu belum tentu beli sekali terus jumpa. Maybe korang kena beli beberapa kali kat lain-lain perniaga baru boleh jumpa kek marble klasik yang sedap.
Elok buat sendiri kat rumah. Jimat pun jimat. Kalau dah selalu buat, mesti korang boleh dapat kek marble klasik yang sedap rasanya. Buat dengan air tangan sendiri pulak tu. Boleh asah skill baking lepas ni. Silap hari bulan boleh niaga.
Resepi kek marble klasik ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Azlina Ina Fans. Viral sampai 37k ye! Patut la kek ni sedap giler, adunan kek ni guna susu dutch lady rupanya. Memang sedap weh!
RESEPI KEK MARBLE KLASIK
Dah tahu tips buat kek marble klasik yang sedap, mesti korang tak sabar nak cuba buat sendiri kat rumah kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Step penyediaannya jugak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 13 biji telur gred A atau B
- 1 sb esen creamy vanila
- 1 sb ovalate
- 2 cawan gula halus (350g)
- 4 cawan tepung (440g)+ 2 sk baking powder
- 1/2 cawan susu full cream
- 1 cawan 1/2 majerin cair panas-panas (150-160g)
CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE KLASIK :
▶️ Masuk semua dalam bowl kecuali susu dan majerin cair.
▶️ Mix sampai separuh gebu masuk susu full cream sikit sampai habis. Mix sampai gebu.
▶️ Masukkan majerin cair yang panas-panas mix slow je sampai sebati. Asing kan kepada dua bekas.
▶️ 1 bekas letak emolco coklat 2 sb dan kacau sebati.
▶️ Masuk kan dalam loyang 8. Dapat dua loyang ye.
▶️ Bakar kek pada suhu 180c selama 45-50 minit.
▶️ Siap dah!
BACA JUGA : Resepi Sambal Telur Versi Garing Yang Ringkas Dan Sedap. Lauk Hujung Bulan La Katakan!
Dah siap pun kek marble klasik kita. Boleh potong terus akut suka kalau nak buat makan kat rumah. Tapi kalau untuk niaga, kena potong 4 satu loyang tu. Boleh la jual RM10 untuk satu loaf nanti. So, satu loyang dapat la jual RM40.
Kalau kek ni baru keluar oven, bau dia ya Allah wangi sangat weh! Satu rumah terhidu bau wangi kek ni. Anak-anak sampai tak sabar nak makan. Bahagian corak tu korang boleh coret je ikut suka. Janji nampak macam marble.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Azlina Ina Fans kerana sudi berkongsi resepi kek marble klasik homemade yang lembut, gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga manya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!