Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Telur Versi Garing Yang Ringkas Dan Sedap. Lauk Hujung Bulan La Katakan!
Sedapnya lauk ni. Walaupun sangat ringkas dan mudah nak sediakan. Tetap ramai peminat sambal telur macam ni kan. Untuk korang yang tak pernah try lagi, sila la follow resepi sambal telur versi garing macam ni.
Selalunya menu macam ni makan untuk tengah bulan ke hujung bulan. Tapi sekarang tak sampai hujung bulan pun dah tak tahan nak makan. Bukan takde duit tengah bulan tu, tapi lauk ni memang sedap giler.
Sambal dan telur tak masak asing macam biasa kita buat ye. Dah siap masak sambal, pecahkan je telur atas sambal tu dan biarkan masak. Sambal agak garing sebab ada ikan bilis, bawang dan cili yang digoreng dulu sebelum di tumbuk.
Resepi sambal telur garing ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hajar Mohd. Tak cukup sebijik ye. Duduk sorang-sorang pun 2-3 biji telur jugak aku masukkan dalam sambal ni.
Resepi ni sesuai jugak untuk korang yang malas nak duduk dapur lama-lama. Masak simple pun sedap ye. Confirm bertambah-tambah nasi bila makan sambal telur versi garing ni. Garing tau bukan rentung.
RESEPI SAMBAL TELUR VERSI GARING
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal telur ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur
- Bawang putih
- Cili kering
- Ikan bilis
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TELUR VERSI GARING :
▶️ Goreng ikan bilis sampai garing.
▶️ Ketepikan ikan bilis garing. Terus goreng bawang putih dan cili kering yang di gunting pendek tadi. Goreng sampai layu dan separa garing. Api mesti slow supaya sambal kita tidak pahit.
▶️ Kita tumbuk ikan bilis, bawang putih dan cili kering tadi guna lesung.
▶️ Minyak goreng bahan tadi tu kita letak sesudu sos tiram. Supaya sambal kita tak pahit.
▶️ Seterusnya, tuang bahan yang di tumbuk tadi.
▶️ Masukkan telur. Tak perlu nak letak garam kerana sos tiram dan ikan bilis dah ada rasa masin.
▶️ Nak bagi telur masak. Kecilkan api dapur dan tutup kuali dengan penutup beberapa minit saja.
▶️ Siap untuk dihidang! Taburkan daun bawang/daun sup. Perahkan sedikit jus limau nipis untuk sensasi yang piaw.
BACA JUGA : Resepi Kek Oren Sunkist Yang Gebu Dan Confirm Sedap. 100% Dari Jus Oren Sunkist Tau!
Limau semua bulat, nak bagi nipis kenalah potong nipis. Barulah sesuai namanya limau nipis. Eh, takde gurau je. Sedapnya. Tak payah topup lauk lain dah. Pedas dia like like jer. Budak-budak pun boleh makan.
Indah hujung bulan orang lepas ni. Dah tak perlu masak telur mata atau telur dadar makan dengan kicap lagi. Janji ikan bilis ada kat rumah, korang dah boleh masak sambal telur versi garing yang sedap macam ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hajar Mohd kerana sudi berkongsi resepi sambal telur versi garing yang sedap ini kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!