Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Simple Ikan Masak Asam Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Nak Tambah Nasi Dibuatnya!

0 2,458

Tak kan nak makan ikan goreng lagi hari ni kan? Jom try buat ikan masak asam. Confirm nak tambah nasi di buatnya. Ikan pun garing dan rasa semua meresap dalam isi ikan. Rugi sangat kalau tak cuba!

Tengahari macam ni mesti masing-masing dah pening nak masak lauk apa kan. Ikan dah ada, tapi kalau dah tak tahu nak masak apa, elok korang standby bahan memasak untuk masak asam ni. Sedap sangat.

Selain daripada simple, lauk ni sangat sesuai dijadikan bekal ke office. Nak jimat punya pasal, korang masak je lauk ni pagi-pagi. Tak renyah pun nak masak lauk ni. Bahan memasak yang diperlukan pun tak banyak.

Lauk ni boleh di masak lebih pedas, lebih asam dan berkuah ikut citarasa masing-masing. Tiada sukatan yang tetap dalam resepi ni. Korang boleh adjust ikut citarasa sendiri. Lagi pedas, lagi sedap ye.

Tapi kalau tak nak pedas, korang boleh masukkan cili tanpa potong je. Barulah nampak cantik je lauk korang tu nanti. Jom kita follow resepi detail yang dikongsikan oleh Cik Puan Hajar Mohd melalui laman Facebooknya. Memang tak rugi korang try.

 

RESEPI IKAN MASAK ASAM

Korang yang duduk bujang jangan malas sangat nak masak. Lagi-lagi orang perempuan, kalau tak reti masak susahlah laki nak makan nanti. Apa tunggu lagi, meh tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperluka kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Asam jawa
  • Cuka
  • Ikan goreng
  • Air
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK ASAM :

▶️ Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang bawang, halia dan cili.Kalaau tak tahan pedas jangan letak cili atau boleh letak cili yang tak di potong.

▶️ Bahan dah garing bau wangi. Masukkan biji benih sawi.

▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa. Kalau suka masam, letaklah banyak. Kalau takde asam boleh pakai cuka.

▶️ Kemudian, masukkan air. Boleh adjust kalau suka banyak atau suka sikit.

▶️ Masukkan garam dan perasa ikut citarasa masing-masing.

▶️ Masukkan ikan yang dah siap di goreng.

▶️ Masukkan tomato. Boleh juga kalau suka nak masukkan timun.

▶️ Lagi terendam lama ikan ni dalam kuah lagi ummphh rasanya. Asam dan halia tu akan resap pada isi ikan dan kurangkan bau hanyir ikan kembung tu nanti.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Apam Balik Gebu Ala Pasar Malam. Makan Panas-Panas Memang Sedap!

 

Rasa lengkap semua dengan rasa manis, masin, masam dan pedas. Uhhhhhh sepatutnya nama menu ni ikan 4 rasa kan. Tapi, nanti orang ingat ala-ala masak 3 rasa lah pulak. Korang memang kena try lauk ni.

Actually korang nak guna apa-apa jenis ikan pun boleh je. Nak ganti dengan ikan siakap pun sedap tau. Kita buat dia kan, Yang penting ikan yang korang nak masak asam tu, goreng garing dulu sebelum nak di masak asam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hajar Mohd kerana sudi berkongsi resepi ikan masak asam yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open