Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Lapis Miri Rasa Asam Manis. Confirm Sedap Dan Tak Muak Makan!

0 78

Kadang rasa bosan jugak makan kek-kek manis ni kan. Ha, kali ni kita nak try resepi kek lapis Miri yang sedap ni. Rasa dia masam manis dan  tak muak makan. Kek ni boleh buat macam-macam warna tau, terpulang ikut citarasa masing-masing.

Orang sanggup beli online kek lapis Miri ni. Tapi kalau buat sendiri pun boleh, versi ni lebih mudah. Try je buat sendiri kat rumah. Mesti boleh jadi punya. Kek ni kita akan letak kepingan asam manis. Memang sedap rasanya dan tak muak makan.

Selain daripada kepingan asam manis. Kek lapis Miri ni jugak dicampur dengan kepingan biskut marie di dalamnya. Susun asam manis selapis, kemudian susun pulak biskut marrie selapis. Barulah sendukkan adunan meliputi permukaan.

Resepi kek lapis Miri yang tak muak makan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Marsha Yanie. Katanya resepi ni dah simpan lebih dari 30 tahun. Tiba-tiba pulak rasa nak makan dan nak share kat Facebook.

Dapat jugak la kita merasa kek lapis Miri versi mak-mak kita dulu kan. Teringat pulak zaman sekolah rendah dulu, balik je sekolah mesti nak pegi kedai runcit. Hari-hari nak beli asam manis ni. Kita panggil dulu, asam duit syiling. Saiz dia macam syiling ye.

RESEPI KEK LAPIS MIRI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek lapis Miri ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. Mudah dan confirm sedap!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan mentega
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar oren Sunquick (optional)
  • Asam manis secukupnya (haw flakes)
  • 1 bungkus biskut marrie
  • Pewarna makanan

CARA PENYEDIAAN KEK LAPIS MIRI : 

▶️ Mentega + gula dipukul. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla.

▶️ Masukkan pulak susu pekat dan pukul hingga gebu.

▶️ Satukan tepung dengan baking powder, masukkan tepung sedikit-sedikit sampai habis. Gaul rata.

▶️ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letak warna yang berbeza. Contoh hijau dan kuning. Yang warna hijau tu boleh masukkan esen pandan kalau suka.

▶️ Sebelum tu, panaskn air kukusan. Loyang pulak eloklah dilapik dengan baking paper dan dioles dengan mentega. Untuk memudahkn proses keluarkan kek nanti.

Proses menapis : 

▶️ Sendukkan adunan yang hijau dalam 2 senduk dan ratakan.

▶️ Kukus dalam 10 minit dan keluarkan. Susun asam manis selapis lepastu susun biskut marrie selapis.

▶️ Tak payah rapat-rapat dan sendukkan pulak adunan kuning meliputi permukaan. Kukus lagi 10 minit.

▶️ Ulangi proses yang sama sampai habis. Untuk saiz loyang 10×10, 4 kali proses melapis.

▶️ Bila dah last proses, atas permukaan kek susun asam manis sahaja. Kali ni kukus lama sikit dalam 20 minit atau sampai nampak dah masak.

 

BACA JUGA : Resepi Telur Rebus Air Asam Yang Confirm Sedap. Bertambah-Tambah Nasi La Dibuatnya!

 

Dah siap pun kek lapis Miri kita. Cantik pulak jadinya! Oren Sunquick tu korang tak nak letak pun boleh. Tujuan letak oren Snquick tu untuk elak bau telur. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Pastikan air kukusan mendidih supaya kek tak bantat ye.

Pastikan air kukusan mendidih supaya kek tak bantat pulak nanti. Untuk  yang tak suka manis boleh kurangkan gula kepada 1/2 cawan. Asam manis tu dah rasa manis sikit. So, kalau bahagian kek tu kurang manis pun tak jadi masalah. Lagi sedap!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Marsha Yanie kerana sudi berkongsi resepi kek lapis Miri ini di Facebook. Confirm korang tak muak makan nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open