Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Kukus Buah Lembap Yang Confrim Sedap. Sepotong Tak Cukup Makan Kek Ni!
Dah lama tak makan kek kukus buah. Baru ni nampak orang share kat Facebook. Terus cepat-cepat aku save resepi kek kukus buah yang lembap ni. Teringin nak makan kek kukus buah homemade dari air tangan sendiri. Sebelum ni beli kat luar je.
Aku pun cuba tengok bahan-bahan dan step penyediaan kek kukus buah ni. Nampak mudah je. Tak renyah mana pun. Sebelum ni tak pernah makan kek kukus buah yang baru keluar dari oven. Mesti sedap makan kek ni panas-panas kan.
Kek ni memang famous masa aku zaman budak-budak dulu. Mak ayah aku pun pernah jual roti dan kek kukus macam ni. Dulu zaman-zaman nak sekolah kan anak-anak. Pergi jual roti dan kek kukus ni guna lori je. Sedih pulak kalau ingat zaman-zaman tu.
Kek kukus ni akan di campur dengan mix fruit. Teksturnya sangat moist. Tak bosan makan. Sesuai dijadikan menu minum petang atau hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah atau ke majlis-majlis sambutan. Try la buat kat rumah nanti.
Resepi kek kukus buah lembap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Cahaya Suria. Kek ni memang legend. Sekarang umur aku dah 34 ye. Keenakan kek ni masih segar di minda. Walaupun dah lama tak makan.
RESEPI KEK KUKUS BUAH LEMBAP
Bahagikan bahan kepada 3 bahagian untuk memudahkan kita buat kek kukus buah ni. Tak nak buang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan kek kukus buah yang moist dan sedap ni. Rujuk step penyediaannya seperti bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 300 gm guls castor
- 250gm unsalted butter
- 500gm mix fruit (dicuci, dijemur dan digaul dengan sedikit tepung gandum cap sauh)
- 50ml air panas
- 2sdm sunquick manderin
Bahan B :
- 350gm tepung gandum diayak bersama
- 2sdk soda bicarbonat
- 1sdk cream of tartar
- 1sdk serbuk buah pala
Bahan C :
- 3bj telor gres A
- 1sdk esen vanila
CARA PENYEDIAAN KEK KUKUS BUAH LEMBAP :
▶️ Masukkan gula dalam kuali. Dan masak guna api kecil untuk dapatkan gula yang keperangan.
▶️ Bila gula dah cair sepenuhnya baru masukkan air panas. Kacau bagi semua larut.
▶️ Kemudian, masukkan butter dan kacau hingga cair barulah masukkan mix fruit dan sunquick. Ketepikan.
▶️ Mix telur dengan esen vanila hingga kembamg dan berbuih. Terus masukkan ke dalam adunan mix fruit tadi dan kacau rata.
▶️ Akhir sekali masukkan bahan ayak tadi sedikit-sedikit hingga habis dan sebatikan.
▶️ Sediakan loyang yang disapu dengan sedikit butter.
▶️ Tuang adunan dan tutup loyang dengan aluminiun foil.
▶️ Balut tudung pengukus dengan kain untuk elak wap jatuh atas cake.
▶️ Didihkan air dan kukus 2 jam pertama dengan api sedang. 2 jam lagi dengan api kecil.
▶️ Pastikan air kukusan ditambah hingga habis proses mengukus. Siap!
BACA JUGA : Resepi Blackpapper Sauce Prosperity Ala McDonald’s. Guna Sos Ni Kat Coney Sosej Lagi Sedap!
Wah! Finally, dapat jugak buat kek kukus buah yang legend ni. Buat dengan tangan sendiri pulak tu. Teruja jugak la sebab boleh buat kek legend ni lepas umur aku dah 34 tahun. Terus ingat masa zaman kecik-kecik dulu. Kek ni favourite kami sekeluarga.
Dulu kek ni di jual panjang-panjang dan dibalut dengan wrapping plastik je. Sekarang orang jual sebekas-sebekas. Tak pun sepotong-sepotong. Kek ni memang tak jemu makan. Layan pulak dengan kopi panas petang-petang. Memang terangkat dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Cahaya Suria kerana sudi berkongsi resepi kek kukus buah yang lembap dan sedap ini di Facebook. Semoga resepi kek legend ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!