Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Cencaru Masak Asam Yang Simple Dan Sedap. Confirm Menambah Nasi Bila Makan Nanti!

0 138

Nah, resepi ikan cencaru masak asam. Resepi yang simple tapi boleh menambah nasi bila makan nanti. Korang pernah try tak masak lauk ni. Yang teringin nak cuba, boleh follow resepi dia kat sini. Ikan cencaru masak asam ni memang sedap tau!

Hari-hari duk mikir nak masak apa. Korang yang baru kawen mesti pening kepala jugak kan. Lagi-lagi yang tak reti sangat nak masak. Hari-hari jugak la tengok group masak apa hari ini. Sebab nak cari menu apa yang nak dihidang untuk family.

Kalau masak benda yang sama hari-hari mesti bosan kan. Kita yang masak pun dah muak rasanya. Nasib la ramai yang berbesar hati dan suka kongsi macam-macam resepi kat Facebook. Boleh la kami jadikan rujukan setiap kali nak memasak nanti.

Resepi ikan cencaru masak asam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Hawa Abdul Aziz. Ikan cencaru yang ada kat peti tu boleh la try masak cara ni. Curah kuah lebih sikit kat nasi, mesti lagi sedap.

Selain di goreng, ikan cencaru ni sesuai jugak di masak asam pedas, masak lemak dan masak asam macam ni. Sesuai jugak dibakar lepastu buat cili kicap untuk cicahan dia nanti. Huh, confirm bertambah-tambah nasi la dibuatnya.

 

RESEPI IKAN CENCARU MASAK ASAM

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan cencaru masak asam ni. Step memasaknya tersangatlah mudah. Korang hanya perlu rujuk resepi di bawah ni. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 4 ekor ikan cencaru
  • Serbuk kunyit
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 4 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • 1biji tomato
  • 4 sudu air Asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN IKAN CENCARU MASAK ASAM : 

▶️ Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.

▶️ Ketukan serai dan cili api kemudian belah 4 tomato.

▶️ Cili merah tu ikut la nak potong macam mana pun boleh.

▶️ Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.

▶️ Kemudian, goreng ikan sehingga garing.

▶️ Di minyak yang sama, tumis bahan yang kita hiris dan sebatang serai yang telah diketuk sehingga naik bau.

▶️ Kemudian, masukan air asam jawa, 3 cawan air dan cili api yang diketuk.

▶️ Masa ni kalau nak masukkan garam gula dah boleh ye.

▶️ Bila kuah dan mendidih, masukkan ikan, tomato dan cili merah.

▶️ Biarkan mendidih dalam 2-3 minit.

▶️ Siap! Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Kukus Buah Lembap Yang Confrim Sedap. Sepotong Tak Cukup Makan Kek Ni!

 

Alhamdulillah, sedap sangat lauk ni. Makan lauk ni je pun dah cukup. Dapat pulak ikan cencaru yang fresh lagi sedap makan nanti.  Lauk ni memang simple je nak buatnya. Rasa masam pedas dan membuka selera. Sekali korang cuba resepi ni, pasti nak lagi. 

Kat blog ni ada macam-macam resepi yang korang boleh cuba. Lauk pauk, dessert, kuih muih semuanya ada. Yang tak reti masak, boleh belajar resepi yang ada di blog ni. Memang jelas dan mudah nak faham ye. Try la dulu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Hawa Abdul Aziz kerana sudi berkongsi resepi ikan cencaru masak asam ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open