Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Bergedil Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Sedap!

0 85

Korang yang suka makan tauhu bergedil kena cuba resepi popia bergedil ni. Dari tauhu kita tukar kepada kulit popia. Nampak mudah, sedap pulak tu. Popia bergedil ni rangup di luar dan lembut di dalam ye. Krup krap krup krap masa makan nanti.

Sama macam tauhu bergedil, popia bergedil ni jugak sedap di makan dengan sambal kicap padu. Kena pulak sambal kicap yang pedas, boleh terangkat dibuatnya. Bagi aku yang kurang suka makan tauhu, popia bergedil ni dah tentu jadi pilihan aku.

Ramai je yang nak makan tauhu bergedil, tapi sebab bahan utama dia tauhu, terpaksa la tengok je tak makan. Don’t worry, sekarang kita dah ada lagi satu resepi bergedil yang menggunakan popia. Confirm korang yang tak makan tauhu, suka resepi ni.

Resepi popia bergedil ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noraini Othman. Memang ramai yang share tau. Cara Nak Buat popia bergedil ni mudah sangat. Boleh try buat nanti untuk hidangan minum petang.

Tauhu bergedil ni ramai penggemarnya. Boleh di buat pelbagai cara. Ada tauhu bergedil biasa, ada jugak tauhu berlauk. Masing-masing ada rasa sedap dia yang tersendiri. Repas ni boleh la korang cuba pulak popia bergedil. Confirm sedap weh!

 

RESEPI POPIA BERGEDIL

Nak makan tapi malas nak pegi beli. Baik buat sendiri kat rumah kan. So, tak nak buang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan dan step penyediaan popia bergedil ni seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ubi kentang (digoreng dan dilenyek sampai lembut)
  • Daun Sup/bawang (dihiris halus)
  • Isi ayam (digoreng+garam sikit dan digunting halus)
  • Bawang goreng
  • Bawang putih (digoreng dan ditumbuk)
  • Lada cili / merah

CARA PENYEDIAAN POPIA BERGEDIL : 

▶️ Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

▶️ Ambil kulit popiah kecil dab lipat sikit bahagian atas. Letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.

▶️ Kalau tak lekat, letak air di mana bahagian yang tak lekat tu.

▶️ Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.

▶️ Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

▶️ Nampak kekuningan terus angkat. Bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Cencaru Masak Asam Yang Simple Dan Sedap. Confirm Menambah Nasi Bila Makan Nanti!

 

Wah! Dah siap. Tak susah pun kan nak buat popia bergedil ni. Untuk korang yang tak suka makan tauhu, dah boleh tukar part tauhu tu dengan kulit popia. Bagi aku, rasa popia bergedil ni memang sedap. Sampai tak cukup seketul kalau makan nanti.

Popia bergedil ni agak jarang jugak jumpa orang jual kat luar. Biasa jumpa tauhu bergedil je. Tak tahu la kat tempat korang macam mana kan. Kalau teringin nak makan, boleh la follow resepi popia bergedil ni kat sini. Confirm sedap dan mudah nak buat!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noraini Othman kerana sudi berkongsi resepi popia bergedil yang rangup di luar dan lembut di dalam ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open