Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Daging Goreng Mermite Sos. Beli Sos Dekat Eco Pun Ada!

Daging goreng super sedap
0 859

Kalau sebelum ni, biasa makan daging masak gitam, daging goreng kunyit, daging sos tiram. Pernah tak dengar masakan Daging Goreng Marmite Sos? Sos Marmite ni memang jarang kita dengar pun, tapi rupa-rupanya sedap juga dibuat masakan tau.

Nak buat masakan daging goreng marmite sos ni senang je. Boleh follow resepi yang saya nak kongsikan ni. Resepi asal adalah dikongsikan oleh Cik Puan Nuur Erina menggunakan facebook beliau ke Group Ibu Masak Apa Hari Ini.

Bagi yang mana adad aging, boleh lah cuba buat resepi ni. Dalam setengah jam je, daging goreng marmite sos kita pun siap dan sedia untuk dimakan.

Tapi andai kata nak gantikan dengan ayam pun boleh. Sebab saya faham tak semua orang makan daging kan. Jadi, bila lebih ramai makan ayam, gunakan ayam. Jika tak nak derhaka dan nak rasa macam mana dengan daging, ikut je step by step.

Tak dan nak buat sekarang, boleh simpankan dulu resepi ni dan buat bila berkesempatan nak buat nanti. Siapa yang belum pernah rasa memang kena cuba dulu sekali dua.

 

RESEPI DAGING GORENG MARMITE SOS

Marmite sos ni kalau perasan bukan hanya ada jual di pasaraya, malah dekat kedai Eco pun ada jual. Bagi yang sebelum ni tak pernah dengar marmite sos ni, bolehlah cari Eco berdekatan untuk dapatkan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging ( potong kecil )
  • 3 sudu makan marmite sos
  • 5 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 5 biji bawang kecil ( hiris nipis )
  • 1 biji bawang besar ( hiris )
  • Cili Merah ( hiris nipis )
  • 2 inci halia (hiris nipis Panjang)
  • Tomato (belah 4 – 6)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Sedikit Air
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG MARMITE SOS :

▶ Mula-mula sekali, panaskan kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga halia sampai kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan daging dan masak sekejap.

▶ Bila dah separuh masak, masukkan marmite sos dan juga air.  Kacau sampai kuah sebati. Masak lagi daging sehingga betul-betul empuk.

▶ Untuk lebih cepat, boleh je rebuskan daging terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan ke dalam kuali.

▶ Masukkan lada merah hiris, tomato dan juga bawang besar. Kacau sampai semuanya sedikit layu.

▶ Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

▶ Rasa dah okay boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Cili Kering Simple Jer Tapi Sedap. Korang Memang Wajib Cuba!

 

Haa macam mana? Nampak macam mudah je kan. Kalau perasan masakan ni dia pucat sikit tau warna dia. Tapi rasa dia memang awesome. Tapi kalau ada yang nak gelapkan dia, boleh masukkan kicap sedikit kicap.

Saya tengok ramai juga yang kongsikan mereka dah buat follow resepi ni. Menjadi dan alhamdulillah ramai yang suka.

Memang seronok je rasa bila kita semangat nak hidangkan menu yang baru kita cuba macam daging goreng mermite sos ni, dan ada pula yang suka dan request buatkan lagi. Hilang penat kerja tu kan. Jangan lupa cuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open