Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Brownies Cookies Dan Cake Terpaling Senang Nak Buat. Godek-Godek Dah Siap!
Hanya guna satu adunan yang sama je kita boleh hasilkan brownies cookies dan cake. Terpaling senang nak buat. Godek-godek je siap! Jom follow resepi brownies cookies dan cake ni kat sini. Confirm menjadi!
Cepat siap, cepat jugak habisnya. Tau-tau dah licin sebekas. Kek tu korang boleh letak dalam bekas-bekas kecil, mudah nak makan. Tak payah nak potong-potong lagi. Ambil sebekas, makan guna sudu terus suap kat mulut.
Memang nikmat sungguh makan brownies cookies and cake ni. Ingatkan nak buat kek dan cookies brownies ni lain adunan. Kalau guna resepi ni, jimat masa nak buat 2 jenis hidangan. Yang suka makan brownies kek boleh la cuba resepi ni. Terus buat cookies sekali.
Resepi brownies cookies and cake ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Izza Wmc. Mesti semua tak sabar nak cuba resepi ni kat rumah kan. Anak-anak pun seronok nak makan.
Tekak ni bukan selalu pun nak makan manis. Sekali sekala je. Kalau ikut resepi ni memang mudah rupanya nak buat kek brownies dan cookies brownies. Lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Buat sendiri je kat rumah.
RESEPI BROWNIES COOKIES DAN CAKE
Korang nak buat banyak pun boleh. Simpan dalam bekas-bekas kecik dan masuk dalam peti. Bila-bila nak makan tinggal keluarkan je dari peti. Jom tengok bahan-bahan dan step penyediaannya. Rujuk dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 150 gram dark compound beryls
- 50 gram butter
- 40ml minyak masak
- Masak bahan A atas api (double boil)
Bahan B :
- 2 bj telur
- 135 gram gula(di blend)
- Satu kan bahan B ,kacau sebati
Bahan C :
- 100 gram tepung self raising
- 35 gram serbuk coklat/koko
- Ayak kan bahan C
CARA PENYEDIAAN BROWNIES COOKIES DAN CAKE :
▶️ Masuk kan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan bahan C dan godek-godek lembut hingga adunan sebati. Tak perlu lama.
▶️ Kemudian, tuang ke dalam acuan.
▶️ Tabur badam cincang atas nya.
▶️ Bakar pada suhu 150°c selama 40 minit.
▶️ Yang ni versi cake. Step sama je macam kita nak buat cookies.
BACA JUGA : Resepi Char Kuey Teow Paling Simple. Makan Dengan Cili Jeruk Lagi Sedap!
Untuk cookies korang boleh masuk dalam acuan yang banyak lubang dan nipis tu. Cantik jugak la bentuk cookies kita. Tekstur cake and cookies ni kedut kat atas ye. Memang elok je kejadiannya. Yang penting, follow rapat resepi ni.
Orang tak reti baking pun boleh buat. Confirm aku save resepi ni. Boleh guna untuk buat kek birthday. Orang sekarang lebih suka brownies cake dari kek span. Tak makan je nanti. Bagi kek brownies confirm licin.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Izza Wmc kerana sudi berkongsi resepi brownies cookies dan cake ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!