Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Roti Sosej Ala Auntie Anne’s. Guna Bread Maker Untuk Roti Lembut Dan Halus!
Siapa pernah dengar nama Auntie Anne’s sudah pasti tahu bagaimana rasa roti sosej sedap yang famous tu. Roti-roti yang dijual di kedai auntie Anne semuanya sedap-sedap tau. Makan satu memang tak cukup lah.
Bgai yang belum tahu, Auntie Anne sebenarnaya satu brand yang tidak hanya menapak di Malaysia sahaja kerana ianya sememangnya berasal daripada United State. Di sana sahaja sudah mempunya sebanyak 1500 gerai Auntie Anne ni.
Kemudian, Jakarta Indonesia merupakan negara pertama yang membawa Auntie Anne keluar dari United State sebagai franchaise sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Sehingga hari ini bagi cawangan dalam Malaysia sahaja adalah sebanyak 58 cawangan seluruh Malaysia.
Antara makanan yang sedap dan famous di Aunti Anne adalah pretzel dan juga roti sosej. Roti sosej Aunti Anne ni sedap dan lembut je roti dia dimakan pula dengan sosej yang dibaakr.
Menerusi perkongsian daripada Tuan Nazry Ahmad ni, nak buat roti sosej ala Auntie Anne ni tidaklah susah sangat. Cumanya iyalah caranya sedikit berbeza dengan cara yang biasa kita makan.
ROTI SOSEJ ALA AUNTIE ANNE’S
Kepada yang nak buat roti sosej ala Aunti Anne’s ni, dinasihatkan untuk tidak buat sedikit sangat. Sebab sekali dah rasa nanti confirm tak cukup.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN ROTI :
- 500 gram tepung hign protein
- 11 gram yis
- 80 gram gula halus
- 80 gram marjerin
- 2 sudu besar susu tepung
- 10 gram pelembut roti
- 1 biji telur gred B
- 1 susu kecil garam halus
- 250 gram air sejuk
BAHAN TOPPING GARLIC BUTTER SPREAD :
- 150 gram butter
- 8 ulas bawang putih
- 1 pokok daun ketumbar
- 2 sudu besar minyak zaitun
- ½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ ALA AUNTIE ANNE’S :
▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan roti dalam bread maker. Uli sampai lembut.
▶ Tapi sekiranya tidak ada bread maker, satukan semua bahan-bahan tersebut. Uli semua bahan menggunakan tangan sehingga doh jadi lembut.
▶ Bila dah lembut, rehatkan sekejap. Kita buat bahagian topping pula.
▶ Bakar sosej sekejap atas pan non stick. Golekkan-golekkan sekejap.
▶ Masukkan semua bahan topping dalam chopper. Kisar sampai hancur dan lumat.
▶ Ambil doh roti, kemudian gulung kan pada sosej.
▶ Kemudian sapu topping yang kita buat di atas roti tersebut.
▶ Seterusnya bakar sehingga roti kita masak sempurna
▶ Siap dan sedia untuk dinikmati!
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Masak Paprik Ala Thai. Resepi Dapur Sendiri Pun Dah Macam Kedai!
Kalau yang dah biasa makan Auntie Anne’s memang rasa tak sabar je nak buat roti sosej ni. Sebab rasa dia sama macam kedai tau. Tak perlu lah lepas nak beratur dans ebaainya. Boleh buat dari dapur kita je.
Nak pastikan makanan yang kita buat tu sedap ada banyak faktor tau. Antaranya adalah penggunaan bahan yang berkualiti. Seperti contoh, antara penggunaan marjerin Pelangi dengan buttercup. Sudah tentu yang menggunakan buttercup lebih sedap.
Oleh itu, untuk nak buat makan Roti Sosej Ala Auntie Anne’s sendiri tu kan sedap dapat makan yang terbaik dari air tangan kita sendiri. Kemudian bolehlah hidangkan kepada jiran-jiran untuk rasa sebelum kita buka jualan. Hehe.. selamat mencuba!