Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Char Kuey Teow Paling Simple. Makan Dengan Cili Jeruk Lagi Sedap!

0 141

Pegi je pasar malas, mesti bawak balik char kuey teow kerang. Tapi memandangan aku dah balik kampung dan tak jumpa char kuey teow sedap kat sini, terpaksa la aku buat sendiri kat rumah. Aku follow je resepi char kuey teow paling simple ni kat sini.

Char kuey teow ni boleh dimasak dalam 2 cara. Masak basah dan kering. Char kuey teow basah ni sedap di makan dengan jeruk lada ye. Sampai licin pinggan dibuatnya. Nak sedap, kena makan char kuey teow  ni dengan cili jeruk.

Nak buat cili jeruk pun tak susah mana. Sebelum ni aku pernah share resepi cili jeruk kat group ni. Korang try la nanti. Cili jeruk ni rasa masam pedas ye. Letak cili jeruk ni confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Masak char kuey teow kalau takde seafood udang dan kerang memang tak rancak nak makan. Rasa biasa je. Makesure ambil kerang fresh dan udang fresh untuk masak char kuey teow ni. Takde la spoil mood nak makan nanti.

Resepi char kuey teow ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Nampak kat gambar je pun dah terliur. Patutlah resepi ni viral sampai 5.1k share kat Facebook.

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Dah ready? Jom kita masak char kuey teow homemade ni. Tak payah beli kat kedai dan pasar malam lagi. Resepi ni dah ada. Kita boleh buat char kuey teow yang paling sedap kat rumah. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Kuey teow (cuci toskan)
  • Cili kering & bwg besar (dblend)

Bahan tumis :  
  • 1 sudu besar cili sos
  • 5 sudu  kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram

 

Bahan lain : 
  • Bawang putih (diketuk)
  • Taugeh & kucai
  • Telur
  • Udang direbus (asingkn air)
  • Kerang (direbus)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Garam
  • Air rebusan

CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW : 

▶️ Panaskn kuali, masukkan minyak. Masuk minyak lebih sikit ye supaya bila masukkan telur nanti kuey teow tak batat.

▶️ Tumis bawang putih. Kemudian, masukkan udang, cili kisar, sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan sedikit garam. Kacau-kacau.

▶️ Kemudian, masukkan air rebusan udang, pecahkan telur dan kacau lagi. Sebatikan.

▶️ Masukkan kerang, kuey teow, taugeh & kucai. Siap! Pastikan guna api yang besar ye. Ala-ala masak char kuey teow kat pasar malam gitu!

 

BACA JUGA : Resepi Popiah Carbonara Untuk Breakfast. Tak Cukup Seketul Dibuatnya!

 

Wah! Dah siap pun char kuey teow kita. Jangan lupa makan dengan jeruk lada. Kalau nak bagi masam, korang perahkan je limau dalam char kuey teow tu. Memang lazat tak terkata. Dapat pulak makan dengan udang dan kerang fresh lagi syok.

Antara khasiat kerang adalah dapat menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Kerang ni jugak elok untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat ye.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi char kuey teow paling simple ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open