Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Murtabak Meggi Cheese Paling Sedap. Lagi Sedap Dari Beli Kat Pasar Malam!

0 71

Lama rasanya tak pergi pasar malam beli murtabak meggi. Kali ni nak cuba buat kat rumah pulak. Siap letak cheese lagi. Ni haaa, follow je resepi murtabak meggi cheese ni kat sini. Confirm nak lagi dibuatnya!

Kebiasaannya murtabak meggi ni ada jual di pasar malam atau bazar pada bulan ramadhan. Ada pelbagai rasa pulak tu. Contohnya murtabak ayam, daging dan meggi. Makan panas-panas murtabak ni lagi sedap ye. 

Ingatkan susah nak buat murtabak meggi ni, rupanya tak susah mana pun. Resepi ni guna maggie kari ye. Korang nak ganti dengan brand mi meggi lain pun boleh. Banyak brand korang boleh pilih. Kita cuma nak boikot je mana boleh kita boikot kan.

Resepi murtabak meggi cheese yang sedap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Liyana. Nampak mudah nak faham. Follow je sebijik-sebijik resepi ni confirm menjadi. 

Lepas ni kalau terasa tekak nak makan murtabak, buat je kat rumah. Murtabak ni sedap makan dengan sos cili dan mayonis ye. Rasa macam makan pizza je bila dah siap nanti. Jom buat sendiri murtabak meggi ni. 

RESEPI MURTABAK MEGGI CHEESE 

Mi maggie ni ada banyak brand ye. Tak nak guna brand boikot, boleh guna meggi brand lain. Jom lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step penyediaan seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Meggi kari sebungkus
  • Telur 2 biji
  • Daging cincang (agak-agak banyak mana)
  • Bawang besar sebiji
  • Cili padi setangkai

CARA PENYEDIAAN MURTABAK MEGGI CHEESE :

▶️ Mula-mula goreng atau sangai daging cincang tanpa minyak. Goreng sampai daging hampir masak.

▶️ Kemudian, masukkan bawang besar yang dicincang. Tujuan letak bawang sikit adalah untuk nak bagi rasa sikit pada daging. Nak hilangkan bau hanyir je.

▶️ Bila bawang dah sedikit layu dan daging dah masak, angkat dan ketepikan dulu daging.

▶️ Seterusnya, rebus mi meggi sampai masak. Angkat dan toskan.

▶️ Dalam 1 bekas lain, satukan meggi yang dah direbus tadi, daging yang digoreng, perencah meggi kari. Ikut suka nak habiskan 1 paket atau nak letak separuh pun boleh.

▶️ Pecahkn telur 2 biji dan cili padi yang dicincang halus. Kalau nak lagi sedap, boleh tambah daun sup ke daun bawang ke. Kacau semua sampai rata.

▶️ Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Bila minyak dah panas, letakkan separuh bahagian meggi tadi.

▶️ Letakkan pulak cheese. Guna mozarella cheese banyak mana yang korang suka.

▶️ Kemudian, tuangkan baki meggi atas dia dan tekan bagi padat.

▶️ Goreng sehingga sedikit garing. Jika meggi kita agak tebal, goreng dengan api perlahan sebab takut telur kat dalam tak masak sepenuhnya.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Brownies Cookies Dan Cake Terpaling Senang Nak Buat. Godek-Godek Dah Siap!

 

Wow! Makan panas-panas confirm tertarik cheese kat dalam murtabak ni. Korang yang suka boleh la cuba nanti.  Kat resepi ni guna daging, korang boleh je tukar ayam kalau nak. Confirm licin pinggan sampai menjilat jari dibuatnya.

Macam makan pizza weh! Tapi pizza versi meggi dan cheese. Kat pasar malam kadang-kadang dapat yang tak sedap. Bayar mahal je. Tak habis makan pulak tu. Beli kat pasar malam, sampai rumah terus sejuk. Tak syok nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Liyana kerana sudi berkongsi resepi murtabak cheese ni kat Facebook. Lebih special dari yang kita makan kat pasar malam. Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open