Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Comelnya Mini Sosej Cheese Puff Ni! Anak-Anak Comfirm Berebut!

Mini Sausage Cheese Puff
0 3,186

Untuk minum petang, sesekali buatlah makanan yang ala English sikit. Saje ubah selera bukan anak-anak je tapi pasangan kita jugak.  Ada banyak resepi English style yang boleh kita buat termasuklah mini sosej cheese puff ni.

Bukan hanya sesuai untuk makan petang, ada juga yang buat untuk jualan. Roti, pastry, puff dan pelbagai lagi yang ramai kongsikan resepinya. Tidak ketinggalan ada yang buka kelas belajar secara online.

Macam entry kali ni, perkongsian resepi daripada Cik Puan Mengrong Chai ini betul-betul menarik minat saya untuk mencuba. Cara nak buat yang simple, bahan pun mudah nak dapatkan.

Apa yang paling penting makanan macam ni sudah pasti menjadi kegemaran anak-anak. Kalau tidak percaya, boleh lah cuba dan lihat hasilnya. Silap haribulan berebut dengan kita.

Bagi yang nak follow resepi ni, jangan lupa kongsikan di facebook masing-masing ye supaya semakin ramai yang mendapat manfaat yang sama macam kita.

 

RESEPI MINI SOSEJ CHEESE PUFF

Penggunaan pastry sedia ada betul-betul membantu kita dalam menghasilkan makanan yang sedap dan gebu. Tak perlu nak uli-uli dah, beli je yang dah siap dan follow resepi mudah menggunakan pastry.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Puff pastry
  • Mini Sosej
  • Cheese
  • Telur Kuning
  • Black Sesame ( Bijan hitam)

CARA PENYEDIAAN MINI SAUSAGE CHEESE PUFF :

▶ Potong puff pastry dan juga cheese kepada dua bahagian.

▶ Susun cheese di atas pastry. Letakkan elok-elok dan kemas-kemas.

▶ Letakkan sosej dan gulung sehingga ke hujung.  Jika sosej besar, belah dua supaya tidak terkeluar dan biar terletak elok.

▶ Sapu kuning telur atas pastry kita. Dan tabur bijan hitam.

▶ Bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180’c selama 10 hingga 15 minit sahaja

▶ Bila warna dan bertukar kekuningan, angkat dan keluarkan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Udang Hitam Thai. Resepi Ringkas Dengan Rasa Yang Padu!

 

Kalau tengok pada gambar ni, memang tak hairanlah kalau anak-anak berebut nak makan pun. Comel dan cute sahaja. Untuk lebih adil, mak-mak bahagikan siap-siap ke dalam pinggan anak-anak ye.

Untuk yang dewasa jika suka sedikit pedas, share dengan cili flake sebelum dibakar dalam air fryer sahaja. Tak ada oven pun tak apa! Tapi jika ada adalah lebih baik kerana ianya akan dimasak lebih sekata.

Bila dah rangup, memang sedap dimakan sosej cheese puff ni panas-panas dan hidangkan bersama teh o untuk minum petang. Jangan lupa save dan simpan dulu resepi ni untuk rujukan akan datang.  Nanti dah buat kongsikan ye. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open