Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Daging Masak Palembang. Dah Siap Masak Wangi Satu Rumah!

Daging masak palembang
0 7,129

Pernah makan daging masak Palembang? Makanan yang berasal dari tanah Indonesia ni, dah semakin banyak dan boleh diterima dengan tekak kita di Malaysia. Masakan Melayu juga kan.

Kalau sebelum ni ada daging je, buat sup, buat masak kicap atau asam pedas kan. Tapi kalai ini kita buat masakan Palembang yang sedap ni. Sekali imbas nampak macam masak hitam atau masak rempah.

Sebab itu kata orang, jangan pandang pada rupa. Kena tengok pada rasa. Ceewah! Daging masak Palembang ni ada yang jadikan sebagai makanan ketika musim kenduri kahwin, dan ada juga yang buat jualan.

Resepi daripada Cik Puan Zana Mokhtar ni, beliau kongsikan untuk kita semua belajar dan tahu macam mana cara nak hasilkan daging masak Palembang yang awesome!

Resepi ni senang je tau. Ikut je step by step yang dikongsikan ni, insyaALlah boleh jadi. Yang baru nak belajar masak ke, yang baru je tahu pasal masak Palembang ni ke, semua boleh follow.

 

RESEPI DAGING MASAK PALEMBANG

Biasanya tuan resepi kita ni suka makan daging masak Palembang ni bila dimakan dengan nasi lemak. Kalau datang mood rajin masak nasi lemak untuk sarapan, daging masak Palembang ni selalunya ada lah sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging (potong lebar dan nipis)
  • 2 batang serai ( titik)
  • Santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat

 

BAHAN KISAR :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Cili kering

 

BAHAN TUMIS :
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Bawang merah ( hiris)
  • Bawang putih (hiris)

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK PALEMBANG :

▶ Mula-mula sekali, panaskan minyak dan tumis dulu bahan-bahan tumis. Tumis sampai dah naik bau wangi.

▶ Kemudian, masukkan pula bahan yang dikisar halus bersama serai. Serai ni titik atau ketuk dulu sedikit hancur.  Masak sampai pecah minyak

▶ Seterusnya, masukkan daging dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi. Biarkan daging masak empuk selama beberapa minit.

▶ Bila daging dah mula empuk, masukkan santan, kicap pekat dan kicap manis. Kacau sekali sekala supaya santan cantik sahaja.

▶ Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Sebelum tutup api, masukkan kerisik dan kacau sikit-sikit supaya kuah jadi pekat.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Comelnya Mini Sosej Cheese Puff Ni! Anak-Anak Comfirm Berebut!

 

Eh! Tak sangka tibe-tiba je dah siap satu hidangan masak Palembang kita ni. Betul-betul senang dan mudah nak follow cara buat. Jika ada yang tidak sukakan daging, boleh gantikan dengan ayam ye.

Kadang-kadang kitab oleh jemu dengan satu-satu masakan tu kalau dah lama dan selalu masak dia. Kalau setiap kali daging buat kari, setiap kalai ada tulang buat sup, lama-lama bosan juga. Masa ni lah cuba buat dengan masak Palembang ni.

Untuk yang tak sempat nak buat sekarang, boleh sharekan dulu perkongsian di wall media sosial masing-masing ye. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open