Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Roti Pisang Rangup Guna Roti Gardenia. Confirm Berebut Nak Makan Nanti!

0 4,330

Minggu-minggu beli roti gardenia. Tapi, kadang-kadang bosan juga sarapan dengan roti tambah jem dan nutella. Kekadang sampai nak expired roti tak habis. Apa kata korang try buat roti pisang rangup ni. Confirm nak lagi dibuatnya!

Roti ni akan di bakar menggunakan air fryer. Lebih kurang 5-7 minit je masa nak bakar roti ni. So, keseluruhan masa yang diambil dalam penyediaan roti ni lebih kurang 15-20 minit je. Sesuai untuk penyediaan sarapan pagi dan minum petang.

Pisang yang sesuai di gunakan dalam penyediaan hidangan ni adalah pisang berangan. Kita akan hiris nipis pisang dan susun dibahagian atasnya mengikut kreativiti masing-masing. Teksturnya selespas di bakar akan rangup dan rasa manis-manis masin gitu!

Mesti ada yang nak try buat untuk sarapan pagi kan? Ha! Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Encik Nizam Ali. Sure korang akan repeat nak buat lagi. Bosan juga minum petang dengan pisang goreng je kan. Sekali sekala kita gabung pula pisang dengan roti. Mesti sedap!

Roti pisang rangup ni di buat dengan hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Antara bahannya mungkin sudah tersedia di rumah masing-masing. Pastikan korang guna pisang masak ye. Kalau tak nanti, roti pisang rangup korang tak menjadi.

 

RESEPI ROTI PISANG RANGUP

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti pisang rangup ni. Kalau takde gula perang, korang gantikkan je dengan gula pti. Tapi jangan letak banyak sangat ye.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti gardenia keping
  • Pisang masak
  • Majerin
  • Kuning telur
  • Gula perang – kalau takde, boleh letak gula putih tapi jangan banyak sangat.
  • Cheddar cheese

CARA PENYEDIAAN ROTI PISANG RANGUP :

▶️ Mula-mula, sapu marjerin atas roti.

▶️ Susun pisang mengikut kreativiti sendiri.

▶️ Sapu lagi marjerin dan kemudian sapukan pula kuning telur.

▶️ Tabur cheddar cheese atau gula perang.

▶️ Bakar menggunakan Air Fryer dengan suhu 180 C selama 5-7 minit.

▶️ Siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA : Resepi Butter Milk Chicken Yang Mudah Dan Sedap. Try Guna Tepung Bestari, Lagi Umphh!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas lagi sedap! Rangup ye jadinya roti yang dibakar ni. Korang nak bakar dalam oven pun boleh je. Tapi lagi mudah menggunakan air fryer! Actually, air fryer ni sangat memudahkan kita. Lagi-lagi wanita bekerja.

Orang perempuan zaman sekarang kena pandai cari duit sendiri. Kalau jadi suri rumah pun kena pandai masak-masak. Nak ikat suami, so orang perempuan kena jadi super women. Jangan tak tahu apa, susah hidup kita nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Nizam Ali kerana sudi berkongsi resepi roti pisang rangup yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open