Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Lumut Pandan Kukus. Kek Lembut Dan Moist Untuk Hidangan Minum Petang!

Kek lumut lembut dan moist
0 3,969

Pernah dengar kek lumut? Kalau biasa saya selalu dengar agar-agar lumut je. Tu pun dah rasa sedap tau. Bila dibuat jadi kek ni apa pula rasanya. Tapi untuk yang belum pernah tahu, kek lumut ni pernah viral tau sebelum ni.

Mana tidaknya, rasa yang super sedap dan paling penting nak buat dia pun tersangatlah mudah! Semua bahan – bahan yang digunakan pun semuanya simple dan mudah nak dapat.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Hairiyah Hassim ni memang terbaik! Simple dan lengkap step by step cara yang dia ajar. Mudah kita nak faham.

Untuk yang baru nak belajar buat keklumut tu, memang follow je resepi yang dikongsikan ni. Confirm jadi dan rasa pun marvellous!

 

RESEPI KEK LUMUT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 6 biji telur
  • 250 gm unsalted butter ( guna buttercup pun boleh)
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin Horlicks
  • 1 cup kaya ( saiz kecil)
  • ½ tin nestum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar perisa pandan
  • Pewarna hijau

** ukuran tin yang digunakan adalah tin susu pekat.

CARA PENYEDIAAN KEK LUMUT :

▶ Mula-mula sekali, pukul butter sampai kembang

▶ Kemudian masukkan telur satu per satu. Setiap satu telur, tu putar dalam 2 minit lebih kurang baru masukkan next telur. Ulang sampai telur habis

▶ Seterusnya masukkan esen vanilla, perisa pandan dan pewarna hijau. Putar bagi semua adunan sebati.

▶ Dah sebati, masukkan susu pekat, Horlick, kaya dan juga nestum. Kacau semua bahan supaya sekata.

▶ Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.

▶ Kemudian, sediakan loyang atau acuan. Oleskan dengan minyak atau marjerin supaya tidak melekat.

▶ Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api yang sederhana selama 3 jam hingga 6 jam. Atau sehingga masak sempurna.

▶ Bila dah sejuk, bolehlah potong dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Tempe Pedas Rangup Dengan Kacang Peas. Resepi Simple Dan Sedap!

Siapa yang belum cuba memang wajib try resepi Kek Lumut Pandan Kukus ni. Kepada yang tidak suka kek terlalu manis, boleh kurangkan sikit. Dengan resepi yang dikongsikan ni, rasa kek tidak terlalu mansi dan tidak pula hilang rasa gulanya. Bak kata orang just nice!

Share dulu resepi ini supaya mudah kita nak follow bila nak buat nanti. Buat makan beramai-ramai dengan ahli keluarga ni memang sedap dan akan cepat je habis.

Untuk yang mana baru nak mula mencuba buat, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open