Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sambal Tempe Pedas Rangup Dengan Kacang Peas. Resepi Simple Dan Sedap!
Siapa suka makan tempe? Haa, bukan orang jawa je yang jadi favourite dengan tempe ni. Yang tak jawa pun boleh jatuh suka makan tempe ni. Dan sebenarnya tempe ni ada banyak masakan yang kita boleh buat.
Ada yang suka makan dengan sambal tempe pedas, ada yang suka makan rangup, ada juga yang suka makan masak lemak macam kuah lontong. Yang pasti setiap masakan yang ada tempe confirm habis licin dibuatnya!
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak ni memang simple je tapi sedap dia tu memang boleh buat kita bertambah nasi tau! Buat extra sikit sebab sedar tak sedar makan ratah pun laju je tangan.
Masakan tempe ni kata orang memang hantu. Ambik satu nak rasa, belum tentu boleh berhenti. Dan satu family semua suka makan masakan tempe ni.
Jom saya kongsikan macam mana nak buat masakan tempe pedas campur sayur kacang ni. Memang marvellous!
RESEPI SAMBAL TEMPE PEDAS DENGAN SAYUR KACANG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 paket tempe ( potong nipis-nipis )
- 2 sudu bawang kisar
- 3 sudu cili kisar
- Kacang Panjang / kacang buncis atau kacang peas
- Kacang tanah ( panggangkan atau goreng seketika)
- Air asam
- Gula Perang
- Garam
- Kicap manis
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TEMPE PEDAS DENGAN SAYUR KACANG :
▶ Mula-mula sekali, tempe yang sudah dipotong nipis, goreng dulu sampai rangup.
▶ Dah rangup, angkat dan toskan. Minyak goreng tempe tadi, tumiskan bawang kisar sehingga garing.
▶ Bawang ni boleh juga dihiris. Tapi jika blend lagi sedap dan ‘rasa’
▶ Bila bawang dah garing, masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Bila minyak dah naik, maksudnya cili dah betul-betul masak.
▶ Seterusnya, masukkan air asam jawa. Atau masukkan asam keping. Kacau rata dan sekata
▶ Renjis kicap ke dalam sambal kita supaya kuah kita nampak cantik. Masak sehingga warna sambal warna maroon atau merah pekat.
▶ Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
▶ Akhir sekali, masukkan tempe yang kita dah goreng awal tadi, dan kacang yang dipanggang awal tadi. Kacau semua bahan supaya sekata dan sebati.
▶ Pastikan kacang yang kita gunakan tu, potong serong dengan kepanjangan 1-2 inci. Masak sekejap je sebab kita makan rangup rangup tu memang sedap.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Kepada yang memang suka makan sambal tempe pedas tu, bolehlah cuba buat resepi masakan ni. Seriously sedap dan ramai yang akan suka. Confirm habis licin kalau dimakan dengan nasi panas.
BACA JUGA: Resepi Nasi Butter Ala Kfc Dan Ayam Panggang Macam Dominos. Sedap Dan Marvellous!
Yang mana baru belajar masak masakan tempe, wajib buat tau. Resepi simple dan senang je nak buat. Tapi hasilnya memang terbaik dan padu!
Sebelum buat, boleh kongsikan dekat wall facebook masing-masing ya. Mana tahu ada yang perlukan resepi masakan tempe ni. Kepada yang baru nak cuba, selamat mencuba!