Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Cocktail Kelapa. Sedap Giler Makan Cocktail Ni Sejuk-Sejuk, Segar Je Tekak!
Sedapnya kalau dapat cocktail kelapa time cuaca panas-panas macam ni. Boleh la buat legakan tekak nanti. Janji rumah korang dah ada kelapa mesti boleh try resepi cocktail kelapa ni. Kalau takde kelapa, korang ganti je jelly perisa kelapa nanti.
Nak buat cocktail kelapa yang sedap kena la rajin sikit buat puding kelapa dan sos cocktail dia. Kemudian, gabung sos dan puding dan sejukkan dalam peti. Baru syok nak makan nanti. Penggemar cocktail kena cuba resepi ni.
Mesti korang dah biasa sangat makan cocktail buah kan. Kali ni kita buat cocktail advance pulak. Takde buah lain selain kelapa. Warna dia pun tak meriah macam cocktail buah. Tapi rasa dia memang sedap giler ye.
Resepi cocktail kelapa ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Nampak renyah sedikit. Tapi nikmat makan cocktail kelapa ni memang tak terkata. Boleh sejukkan badan.
Cocktail kelapa ni sesuai jugak dihidang bila ada majlis-majlis. Dijadikan pencuci mulut lepas makan nanti. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila nak makan kaut je masuk dalam mangkuk atau cawan.
RESEPI COCKTAIL KELAPA
Tak nak buang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cocktail kelapa ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk puding :
- 1/2cwn gula
- 600ml air kelapa
- 1sdm rata serbuk agar-agar
- 1 cwn santan kotak
- 1 tin susu cair
- 1 cwn air kelapa
- Susu pekat
- Isi kelapa (optional)
CARA PENYEDIAAN COCKTAIL KELAPA :
▶️ Mula-mula buat puding dahulu. Ambil 1/2 cwn gula ikut manis yang korang suka.
▶️ Kemudian, masuk air kelapa, serbuk agar-agar dan santan kotak. Sebatikan semua. Masak hingga mendidih.
▶️ Tuang dalam bekas yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejuk dan bekuakan dulu.
▶️ Seterusnya, buat sos cocktail. Masukkan susu cair, air kelapa dan susu pekat ikut citarasa. Nak manis ke nak kurang manis boleh adjust sendiri.
▶️ Sebatikan semua bahan. Kalau ada isi kelapa msukkan sekali.
▶️ Bila puding kelapa dah beku, potong memanjang macam dałam gambar.
▶️ Masuk pulak dalam sos dan kacau sebati.
▶️ Ambil mangkuk, masuk ketul air dan tuang cocktail kelapa.
▶️ Sedia untuk dinikmati!
BACA JUGA : Resepi Sandwich Toastem Coklat Campur Toastem Butterscotch Untuk Breakfast. Confirm Sedap!
Wah! Nikmatnya makan cocktail kelapa ni. Kalau nak gantikan kelapa dengan jelly perisa kelapa pun boleh ye. Step penyediaannya jugak sama seperti kita guna kelapa. Try la buat cocktail kelapa ni. Confirm korang suka.
Kalau nak buat pot luck kat office boleh la ambil menu dessert cocktail kelapa ni. Kalau buat cocktail buah je bosan pulak kan. Dah biasa sangat orang makan. Kita buat kelainan sikit. Cocktail kelapa ni memang sedap sangat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi cocktail kelapa yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!