Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Butter Ala Kfc Dan Ayam Panggang Macam Dominos. Sedap Dan Marvellous!

Nasi Butter ala2 Kepci + Ayam Panggang Ala2 Dominos
0 4,830

Kalau pergi makan di KFC, saya wajib akan makan nasi ayamnya. Kalau perasan, nasi ayam KFC ni bukanlah macam nasi ayam yang biasa kita makan dan kita masak tu.

Secara lebih tepatnya, nasi yang dijual dekat KFC ni sesuai dipanggil nasi butter. Rasa dia memang tak payah cakap, makan nasi sahaja pun saya suka. Kalau dulu, siap ada sup dan fishball lagi. Tapi semakin lama hanya nasi kosong sahaja dihidangkan.

Apa yang sedap dengan nasi butter ni, bau nasi dia memang wangi. Dan makan dengan ayam keriak keriuk tu, bertambah layanz lah kita ni.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak share macam mana Cik Puan Hamizah Zakaria ni buat nasi butter ala-ala KFC. Apa yang menariknya, bukan makan dengan ayam KFC tau, tapi kita akan buat ayam panggang ala-ala Dominoss tu.. Waah! Jom saya kongsikan.

 

RESEPI NASI BUTTER ALA KFC

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 3 pot beras ( anggaran untuk 4- 5 orang makan)
  • 1 sudu butter
  • 3 ulas bawang putih ( hiris halus)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 cawan susu fresh milk
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 inci halia
  • 3 cawan air + 1 cawan susu fresh milk

CARA PENYEDIAAN NASI BUTTER ALA KFC :

▶ Untuk air beras tu terpulang kepada jenis beras kita tau. Ada beras yang lebih sukatan airnya, ada yang sama dan ada yang kurang. Balancekan dengan penggunaan susu segar.

▶ Mula-mula sekali, cairkan butter atas kuali. Kemudian, masukkan bawang putih. Tumis sekejap sehingga kekuningan

▶ Seterusnya, masukkan bawang merah. Biarkan seketika sehingga sedikit garing.

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Ketuk Yang Super Sedap Dan Awesome! Simple Tapi Rasa Memang Padu!

▶ Kemudian, masukkan susu. Biarkan selama 3 minit sehingga mendidih. Terus masukkan hali dan juga kiub pati ayam.

▶ Bila semua dah sebati, masukkan beras yang sudah dibasuh dan tos. Goreng sekejap bagi sebati dan boleh tutupkan api.

▶ Tuang semua bahan ni ke dalam periuk nasi. Masukkan air dan susu. Kacau dan masak sehingga nasi masak sempurna.

Dah ada nasi, wajib lah ada lauknya. Kalau nasi kita dah buat ala KFC, kali ni ayamnya kita buat panggang ala -ala dekt dominos pulak ye. Sedap dan senang je nak buat!

 

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 8-10 ketul ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 4-5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 atau 3 sudu besar madu
  • Minyak sikit
  • Gula dan garam
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar butter

CARA PENYEDIAAN AYAM PANGGANG ALA DOMINOS :

▶ Mula-mula sekali, cairkan butter dan masak semua bahan tadi kecuali minyak.

▶ Bila agak dah suam, boleh lumurkan kepada ayam dan perap lebih kurang semalaman. Letak minyak sikit. Minyak ni boleh buat ayam kita jadi lebih shining tau!

▶ Bakar dalam pemanggang ajaib. Boleh juga gunakan air fyer dengan suhu 180 darjah Celsius selama 30 minit. Lagi lama lagi garing, jangan sampai hangit sahaja.

▶ Kemudian, bolehlah nasi butter ala-ala KFC tadi. Makan panas-panas memang padu!

Wah! Tak sangka mudah sangat nak buat nasi butter ala KFC dan juga ayam panggang ni. Lepas ni, kalau tekak terasa nak makan, mudah lah sebab dah tau rahsia dan resepi hasilkan dua makanan yang super sedap ni.

Untuk yang baru nak mula mencuba, boleh gunakan resepi ni. Follow je step by step yang saya kongsikan dekat atas. InsyaAllah korang akan dapat hasil yang terbaik.

Nak buat nasi butter ala KFC dan ayam panggang ala dominos ni, seronok jika dapat makan beramai-ramai dengan keluarga besar atau buat waktu hujung minggu. Buat lebih, boleh kongsikan dengan jiran tetangga!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open