Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Puding Roti Pandan Kukus. Lembut Dan Pastinya Enak!
Resepi puding roti pandan kukus adalah salah satu resepi puding yang telah banyak di pelbagaikan hari ini. Walaupun mengikut peredaran zaman yang makin moden, tapi kaedah mengukus dan menggunakan daun pandan asli sebagai esen masih digunakan.
Aroma pandan memang ternyata harum semasa proses pengukusan roti dan ianya juga cukup membuka selera. Selain menggunakan daun pandan, penghasilan puding roti pandan kukus ini juga boleh menggunakan esen pandan dan perwarna hijau sebagai ganti.
Cara penyedian puding roti pandan ini juga sangatlah mudah. Ianya boleh dimasak dengan kaedah membakar dalam oven ataupun mengukus. Untuk menghasilkan puding roti cara ini pula, anda tidak perlu membuat doh dan menguli, anda cuma perlu menggunakan roti segera seperti roti gardenia.
Untuk elakkan pembaziran, roti yang hampir expired dan anda tak mampu nak habiskan dan anda juga terasa muak nak makan dengan jem, anda boleh cuba resepi puding roti pandan kukus yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Lela Abdul Samad ini. Bolehlah anda bertukar selera.
Dalam resepi ini, anda boleh memilih untuk menggunakan daun padan asli atau pes daun pandan. Maklumlah sekarang bulan ramadhan, daun pandan ni laku keras dan laris di cari suri rumah atau peniaga. Ianya sangat diperlukan dalam penyediaan kuih tradisional.
RESEPI PUDING ROTI PANDAN KUKUS
Kepada penggemar resepi puding, anda bolehlah mencuba resepi ini. Boleh juga di jadikan hidangan berbuka puasa hari ini. Jom tengok langkah penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 keping roti putih
- 1/2 cawan gula pasir
- 200ml santan pekat (campur kan air dan jadikan 2 cawan)
- Sedikit garam
- Sedikit pes pandan (kalau guna daun pandan lagi sedap)
CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI PANDAN KUKUS :
▶️ Sediakan bekas atau loyang.
▶️ Satukan santan dan pes pandan dalam mangkuk, masukkan sedikit garam. Kacau sebati.
▶️ Potong roti dan celupkan roti sekeping-sekeping dan susun di dalam bekas.
▶️ Tabur gula pasir. Selang seli kan roti dan gula.
▶️ Tuang lebihan campuran santan di atas roti hingga rata. Jika suka, tabur buah- buahan kering ke atas roti sebelum di kukus.
▶️ Kukus selama 20 – 30 minit atau hingga permukaan puding kering.
▶️ Dah angkat boleh biarkan sekejap sebelum disejukkan dalam peti sejuk.
BACA JUGA : Resepi Tom Yam Santan Yang Creamy Dan Pedas. Lebih Mudah Dan Pastinya Menyelerakan!
Siap! Senang sangat kan. Bahan yang digunakan juga tidak remeh ianya sangat simple. Hidangan ini memang sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Dijadikan pencuci mulut.
Puding roti pandan kukus ni memang sedap makan masa sejuk-sejuk. Selepas mengukus, biarkan ia sejuk seketika barulah masukkan dalam peti. Confirm nak lagi! Anda juga boleh menyedapkan lagi hidangan dengan menabur buah kering pada roti.
Jadi, memandangkan resepi puding roti pandan kukus dah ada, apa tunggu lagi jom cuba. Anak-anak semestinya suka dengan hidangan ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!