Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia 2 Bahan Untuk Memasak Daging Masak Black Pepper Lembut Dan Juicy. Dah Cuba Baru Tahu!
Apa rahsia daging masak black paper yang lembut dan juice? Ha, ada rahsia disebalik resepi ini. Resepi daging masak black paper ini adalah dari vietnam melalui satu rancangan televisyen. Daging yang dimasak sangat lembut umpama isi ayam.
Tengok pada gambar, hidangan ini cukup meriah. Bukan hanya menggunakan daging semata tetapi di penuhi dengan sayur-sayuran. Hidangan ni seperti hidangan 2 in 1, sebab anda tidak perlu lagi masak dua hidangan secara berasingan.
Resepi ini mengabungkan lauk daging dan juga sayuran dalam satu hidangan. Cukup sihat resepi ini kan. Jarang sekali kita lihat resepi daging masak black paper yang sebegini rupa. Sekali imbas macam hidangan sayuran pun ada.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Fazreen Saini melalui facebooknya. Dan ramai penggemar sayur-sayuran yang terpikat dengan hidangan ini dan ingin mencubanya. Seperti yang kita tahu, sayur sangat penting untuk tubuh badan kita.
Begitu juga dengan penggunaan lada hitam dalam hidangan ini. Ianya memiliki banyak manfaat antaranya lada hitam dapat mencegah kancer, melegakan batuk dan hidung tersumbat, mengurangkan berat badan dan macam-macam lagi.
RESEPI DAGING MASAK BLACK PAPER
Memasak dengan resepi yang betul, maka dengan itu anda tidak hanya dapat menjamu selera namun anda juga akan perolehi manfaat kesihatan. Jadi, jom kita follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daging (perap dengan sesudu tepung jagung dan setengah sudu besar soda bicarbonate)
- 5 ulas Bawang putih (dicincang halus)
- 1 ulas Bawang merah (dicincang halus)
- Sedikit Halia
- 1 sudu Cuka
- 7 tangkai Cili api (dipotong/hiris/cincang)
- 2 sudu besar Lada hitam
- Cili flakes ikut pedas
- Bunga kobis
- Bronkoli
- Cendawan panjang
- Tomato
- Capsicum
- Bawang holland
- Sos black pepper
- Sos tiram
- Kicap pekat
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK BLACK PEPPER :
▶️ Hiris nipis daging, potong ikut lawan urat daging.
▶️ Bersihkan dan perap dengan tepung jagung dan soda bicarbonate. Biar sekejap, letak sedikit kicap pekat dalam sesudu. Jangan basuh lagi perapan ini.
▶️ Panaskan minyak, masukkan daging dan biar daging bertukar warna atau masak. Masa ni dah boleh tengok daging mengembang sikit sebab letak soda. Lembut sebab letak tepung jagung.
▶️ Balikkan dan tunggu sekejap, baru masukkan bawang, halia, lada hitam, dan cili flakes.
▶️ Masukkan bunga kobis. Tunggu lembut sikit, masuk bronkoli.
▶️ Bila bronkoli lembut sikit baru masukkan capsicum, cendawan dan tomato.
▶️ Masukkan sos black pepper, sos tiram, kicap pekat, cuka dan cili potong. Kicap manis pun boleh. Kalau suka masakan ni banyak kuah, bubuh je lebih.
▶️ Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Puding Roti Pandan Kukus. Lembut Dan Pastinya Enak!
Ha, dah tahu kan apa rahsia daging tu jadi sangat lembut seperti isi ayam. Dengan menggunakan 2 bahan iaitu tepung jagung dan soda bicarbonate, daging menjadi lembut je bila dikunyah. Isinya juga tidak kecut berkedut.
Lepas ni mesti semua suka makan daging lembut macam ni kan. Makan daging keras dan liat ni boleh ganggu selera kita masa nak makan. Silap-silap daging tolak tepi makan nasi dan kuah je.
Ok lah, resepi pun dah dikongsikan. Semoga resepi daging masak black paper ini bermanfaat buat kita semua. Nak masak daging lembut dan sedap kena follow resepi ni tau. Selamat mencuba!