Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resipi Roti John Cheese Leleh Inti Lebih. Boleh Menjilat Jari Dibuatnya!
Resepi roti john cheese leleh ni mesti femous sangat bila tiba bulan ramadhan. Bukan roti john cheese je tapi macam-macam jenis roti john yang kita akan temui di bazar ramadhan. Semuanya mampu menarik perhatian penggemar roti john.
Mesti ramai yang rasa takut nak ke bazar ramadhan dengan keadaan negara kita dilanda pendemik covid 19 kan. Ramai orang berpusu-pusu ke bazar ramadhan walaupun keadaan negara kita seperti ini.
Memandangkan kita bimbang untuk keluar dan ada sebahagian roti john yang kita beli tidak memuaskan hati kita, apa kata kita cuba resepi roti john cheese leleh yang mempunyai inti lebih ini.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar buat penggemar roti john. Terima kasih diucapkan buat beliau kerana berkongsi resepi roti john yang confirm buat anda puas hati.
Daripada kita pergi ke tempat yang belum tentu selamat buat diri sendiri dan keluarga, lebih baik kita buat sendiri resepi ini di rumah. Sudah tentu kita dapat elakkan diri dari sebarang penyakit. Yang penting tak perlu beratur panjang kat bazar.
RESEPI ROTI JOHN CHEESE LELEH
Mesti ramai juga antara kita yang sangat gemar pada cheese kan? Jadi, kalau nak dapatkan roti john cheese leleh yang mempunyai inti lebih? Jom follow cara penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 biji telur (dipukul)
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk rempah kari
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
- Roti panjang (dibelah 2)
- Kobis (dihiris nipis)
- Kepingan cheese
- Mayonis
- Sos cili
- Ayam cincang/daging cincang
- Garam secukupnya
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN ROTI JOHN CHEESE LELEH :
▶️ Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
▶️ Setelah masak, angkat dan ketepikan.
▶️ Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
▶️ Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.
▶️ Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
▶️ Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
▶️ Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
▶️ Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan-tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
▶️ Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat
▶️ Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong roti pada beberapa bahagian. Dah siap!
BACA JUGA: Rahsia 2 Bahan Untuk Memasak Daging Masak Black Pepper Lembut Dan Juicy. Dah Cuba Baru Tahu!
Wah! Yang ni confirm cheese akan leleh. Mesti puas hati dengan resepi ni. Buat homemade roti john biasanya lebih puas hati berbanding beli kat luar. Sebab kita boleh pelbagaikan dan lebihkan apa yang kita nak.
Hari ni kalau anak-anak nak berbuka dengan roti john, ibu-ibu kena cuba resepi ni. Anak-anak pasti suka mereka pun akan kenyang. Mana tak nya, inti lebih gitu. Apa yang paling penting buat kita sekarang ialah “kita jaga kita”.
Semoga resepi roti john cheese leleh inti lebih ini bermanfaat buat semua penggemar roti john. Jangan risau tak sedap, follow je sebijik-sebijik cara penyediaannya. Confirm menjadi! Selamat mencuba!