Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Laksa Nyonya Melaka Yang Simple Dan Sedap. Memang Padu Sangat Rasa Kuahnya. Rugi Tak Cuba!

0 3,260

Ada tak yang teringin nak makan laksa nyonya Melaka? Kadang-kadang terasa juga nak tukar selera makan laksa lain daripada laksa yang biasa kita makan tu. Hampir terlupa ada laksa nyonya Melaka yang simple dan sedap. Korang follow je resepinya di sini. Confirm menjadi!

Sebut pasal Nyonya, mesti korang dah bayangkan negeri Melaka kan. Ha! Betul lah tu. Resepi laksa nyonya ni asalnya daripada Melaka. Kuahnya di masak tanpa menggunakan ikan. Tapi di masak dengan menggunakan beberapa jenis rempah.

Sekali pandang kuah laksa nyonya ni macam masak gulai. Mungkin di sebabkan warnanya yang seakan sama. Laksa nyonya juga boleh di hidang dengan mee kuning ataupun bihun. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Tak guna mee laksa yang warna putih macam biasa tu ye.

Kalau laksa biasa menggunakan ikan. Laksa nyonya ni akan di campur dengan beberapa bahan frozen seperti fish ball dan tauhu fook. Dan bahan-bahan tu tidak mempunyai sukatan yang tepat. Korang boleh letak seberapa banyak kuantiti yang korang nak.

Sama seperti laksa biasa. Laksa nyonya ni juga akan di hidang dengan bahan aksesori seperti timun, salad, telur rebus, cili dan bawang. So, yang nak try boleh follow je resepi yang di kongsikan oleh Encik Nazri Mat Zain ni. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!

 

RESEPI LAKSA NYONYA MELAKA

Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan. Masak laksa nyonya ni pun mudah je. Campak-campak kuah dah siap! Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang di perlukan adalah :
Bahan kisar :
  • Bawang Besar 3 biji
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Cili kering 10 tangkai
  • Cili besar merah 6 biji
  • Belacan besar ibu jari
  • Lengkuas 1/2 inci
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit hidup 4 biji
  • Buah keras 4 @ 5 biji

Bahan kuah :
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • Daun kesum (dalam 50sen)
  • 1kg santan
  • Air (Ikut kepekatan)
  • Fish ball
  • Tauhu fook
  • 1 Keping asam gelugur
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Secukup rasa


Bahan aksesori : 
  • Daun salad
  • Bwg besar
  • Timun
  • Cili api potong
  • Telur Rebus

Bahan lain :
  • Mee kuning atau Bihun (dicelur)

CARA PENYEDIAAN LAKSA NYONYA MELAKA :

▶️ Campurkan semua sekali bahan dan blend.

▶️ Masukkan sedikit minyak dalamkuali dan tumis bahan yang blend tadi. Minyak jangan terlampau banyak ye.

▶️ Semasa tumis tu masukkan pula 2 batang serai yang telah diketuk.

▶️ Masukkan 2 kuntum bunga kantan yang telah dibelah 4 serta daun kesum dalam 50sen.

▶️ Setelah pecah minyak, masukkan 1kg santan dan air. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri.

▶️ Masukkan pula fish ball, tauhu fook. Tauhu yang selalu orangbuat bergedil tu dan sekeping asam gelugur. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agak lah ye.

▶️ Perasakan dengan garam, ajinamoto, gula dan secukup rasa.

▶️ Dah didih tutup api. Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Akok Kedut Untuk Breakfast. Sedap Di Makan Panas-Panas Dan Tak Bau Hanyir Telor!

 

Simple dari masak laksa biasa kan. Laksa nyonya ni tak perlu rebus ikan dan asingkan tulang dan isi. Guna rempah je. Masukkan pula makanan frozen sebagai isi. Siap! Hasilnya pun sedap. Kuah nampak pekat ye. Memang licin mangkuk dibuatnya. Sedap!

Sukatan kuah ni adalah untuk 8-10 orang makan. Korang boleh adjust kepekatan kuah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak masak sikit je. Korang kurangkan je penggunaan bahan dan air tu nanti. Dan terpulang samada nak guna mee kuning atau bihun untuk makan laksa ni nanti.

Dah siap semua, tabur bahan aksesori macam makan laksa biasa. Fuh! Sedap weh! Ribuan terima kasih di ucapakan kepada Encik Nazri Mat Zain kerana sudi berkongsi resepi laksa nyonya ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open