Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kaswi Pandan Lemak Manis Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Untuk Breakfast Dan Minum Petang!
Nah, resepi kaswi pandan lemak manis untuk korang. Buat menu minum petang memang best. Layan pulak dengan kopi o panas. Tak cukup seketul masuk kat mulut nanti. Tekstur kaswi pandan ni cantik dan tak patah bila dipusing-pusingkan.
Dah biasa sangat makan kaswi gula Melaka. Kali ni kita nak cuba kaswi perisa pandan pulak. Tukar selera la katakan. Aroma bau kuih kaswi pandan ni memang sedap. Wangi serumah masa kukus nanti. Makan dengan kelapa fresh baru rasa nikmat dia.
Potongan kuih ni pun elok je dan tak melekat. Mesti korang tak sabar nak cuba kan. Penggemar kuih-kuih tradisional wajib try buat kuih ni kat rumah nanti. Boleh hidang untk breakfast atau minum petang. Kalau nak makan ramai-ramai, elok buat dari beli.
Sekarang dah ada versi kuih kaswi gedik. Boleh dipelbagaikan rasanya sama dengan kuih kaswi versi ni. Contoh kuih kaswi yang jadi kesukaan ramai adalah kaswi gula Melaka, kaswi pandan dan kaswi jagung. Masing-masing ada rasa enaknya tersendiri.
Untuk hari ni kita akan follow resepi kaswi pandan lemak manis yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mas Cotek. Resepi ni viral sampai 2.4k share kat Facebook. Tengok tekstur kuih je, dah rasa rugi kalau tak cuba nanti.
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK MANIS
Ada macam-macam resepi kaswi pandan kita jumpa kat Facebook. Tapi korang mesti tak pernah cuba versi ni kan. Licin cantik kejadian dia. Nak buat untuk majlis kenduri pun sesuai. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung ubi
- 1 1/2 cwn santan pekat
- 1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
- 4 cwn air
- 1 1/4 cwn gula
- 1 sdt air kapur
- 1/2 sdt pewarna hijau star brand
CARA PENYEDIAAN KASWI PANDAN LEMAK MANIS :
▶️ Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak.
▶️ Sementara nak buat adunan, panaskan kukus.
▶️ Satukan kesemua bahan dan tapis jika perlu.
▶️ Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
▶️ Buka penutup kukus dan biar kan 10 minit lagi. Tujuan nak bagi air pada permukaan kaswi kering. Boleh tap-tap tisu dapur jika permukaan masih berair.
▶️ Tutup api dan keluarkan kuih.
▶️ Biar betul-betul sejuk kemudian potong.
▶️ Hidang bersama kelapa parut putih + garam. Siap!
BACA JUGA : Resepi Sayur Lemak Kelantan Yang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Ikan Kering Atau Ikan Rebus Goreng!
Wah! Dah siap pun kuih kaswi pandan yang rasa lemak manis ni. Nak kuih ni tahan lama, korang boleh kukus kejap kelapa parut. Kuih akan tahan lama dari pagi sampai ke petang. Rasa lemak, manis dan masin kuih ni lengkap dan semestinya sedap.
Bahagian kelapa tu ada sedikit garam. So, rasa manis boleh balance dengan rasa garam yang ada kat kelapa parut. Kuih tradisional macam ni tak boleh dilupakan. Kena bagi anak-anak makan dan cuba buat kat rumah. Takde la kuih-kuih ni ditelan dek zaman.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mas Cotek kerana sudi berkongsi resepi kaswi pandan lemak manis yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!