Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pepes Ayam Frozen Dan Mudah Nak Buat. Bakar Guna Oven Je Kalau Nak Makan Nanti!
Siapa yang biasa makan otak-otak atau sata, meh cuba resepi pepes ayam ni. Siap boleh frozenkan. Nak masak dia pun mudah sangat. Bakar guna oven je. Boleh makan pepes ni panas-panas nanti. Tak perlu nak guna arang bagai.
Otak-otak, sata dan pepes ni lebih kurang sama je rasanya. Orang kata macam adik-beradik tapi muka je tak sama. Boleh buat pepes ni banyak-banyak dan simpan dalam peti. Time nak makan nanti, korang hanya perlu masuk dalam oven dan bakar.
Kat Malaysia, rasanya pepes ayam ni terkenal kat Johor Bahru. Tapi resepi asalnya adalah dari negara seberang Indonesia. Bahan utama yang biasa digunakan dalam penyediaan pepes ni semestinya ikan. Tapi telah di pelbagaikan rasanya.
Selain menggunakan ikan, pepes jugak boleh dibuat menggunakan isi ayam. Rasanya tersangatlah sedap. Boleh di masak pedas dan kurang pedas ikut citarasa masing-masing. Cara penyediaannya pun mudah. Buat sendiri kat rumah je, lagi puas hati.
Resepi pepes ayam homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Resepi ni viral jugak. Kalau tengok kat perkongsian Cik Puan Rozmaliza, resepi ni dah dapat 1.6k share sampai ke hari ni.
RESEPI PEPES AYAM
Pepes ni susah nak jumpa kat tempat aku. Macam tak pernah nampak orang jual. So, terpaksa la aku buat sendiri kat rumah. No more bakar guna arang. Rumah ada oven, settle masalah. Boleh je buat pepes bakar guna oven ni. Jom tengok cara buat dia kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Isi ayam bahagian dada (dikisar)
- 2 biji telur
- 2 sdb ketumbar**
- 2 sdb jintan manis**
- 2 sdb jintan putih**
- 3 btg serai**
- 5-6 ulas bawang merah**
- 3 ulas bwg putih**
- 4 biji buah keras**
- 1 inci halia**
- 1 inci kunyit**
- Segenggam cili kering**
- 2 kiub ayam
- 250 ml santan kara
- Secukup rasa
- Garam, gula
- Daun pisang untuk membungkus
CARA PENYEDIAAN PEPES AYAM :
▶️ Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ayam dan telur. Blend hingga lumat dan tuangkan dalam kuali.
▶️ Masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
▶️ Kemudian, masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
▶️ Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi.
▶️ Gaul rata-rata isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas-pedas manis.
▶️ Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci. Kemudian kukus selama 20 minit.
▶️ Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas sedapnya.
BACA JUGA : Resepi Kaswi Pandan Lemak Manis Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Untuk Breakfast Dan Minum Petang!
Dah siap pun pepes ayam homemade kita. Mudah sangat weh! Yang teringin sangat nak makan pepes, nah ni dia resepi untuk korang. Ikut sebijik-sebijik confirm menjadi. Pepes ni biasanya orang makan macam tu je. Tapi nak buat lauk pun boleh.
Seketul ni rasa-rasa kalau beli kat luar, mahal jugak harganya. Elok buat sendiri kat rumah. Boleh buat stok dan makan banyak-banyak. Hari-hari makan pepes ayam pun takde masalah. Janji korang tak muak. Bau pepes ni kalau bakar, betul-betul menggoda.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi pepes ayam frozen dan mudah nak buat ini diFacebook. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!