Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tom Yam Santan Yang Creamy Dan Pedas. Lebih Mudah Dan Pastinya Menyelerakan!

0 1,825

Resepi tom yam santan yang berkrim dan pedas menjadi hidangan kegemaran ramai. Ternyata tom yam santan lebih sedap berbanding dengan tom yam biasa. Rasanya yang kaw dilengkapi pula dengan rasa lemak berkrim santan memang marvelous!

Seperti yang kita tahu, asal usul resepi tomyam ini adalah daripada thailand. Walaupun ianya berasal dari negara seberang tetapi tom yam dihidangkan secara meluas di Malaysia, Singapura, Indonesia dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Hidangan tom yam mempunyai pelbagai jenis, ada resepi tom yam ayam, ada tom yam seafood dan ada juga tom yam campur. Semuanya mempunyai keenakannya yang tersendiri.

Resepi tom yam santan yang creamy dan pedas ini telah dikongsikan melalui page Seismik Makan. Jika anda gemar dengan tom yam yang berlemak, anda di alu-alukan mencuba resepi ini.

Hidangan ini juga sangat mudah disiapkan. Lebih-lebih lagi sekarang pes tom yam telah banyak di jual di kedai-kedai runcit dan juga pasaraya. Ianya turut memudahkan penggemar tom yam untuk membuatnya sendiri dirumah.

 

RESEPI TOM YAM SANTAN

Kepada penggemar tegar tom yam anda wajib cuba resepi ini. Sebab keenakannya lebih menyerlah dari tom yam biasa. Jom follow cara penyediaan resepi ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan pes tom yam :
  • 15 keping cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan bakar
  • 2 batang serai
  • Jus limau nipis

 

Bahan-bahan lain :
  • Daun limau purut
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 7 biji cili padi
  • Dada ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Tomato
  • Jagung
  • Cendawan tiram
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN TOM YAM SANTAN :

▶️ Kisar bahan untuk pes tom yam.

▶️ Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis hingga garing.

▶️ Masukkan daun limau purut, serai, lengkuas, halia dan juga cili padi.

▶️ Masukkan air dan biarkan didih.

▶️ Kecilkan api dan masukkan tomato, jagung, cendawan tiram dan dada ayam.

▶️ Masukkan sotong dan udang.

▶️ Kemudian, masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan daun ketumbar. Kacau.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Telur Gulung Sosej Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Anak-Anak Suka!

 

Ha! Mudah sangat kan cara memasak tom yam santan ni. Mesti rasa tak puas menghirup kuahnya. Sedap sangat bila dimakan dengan nasi putih tambah pula ada telur dadar. Confirm terangkat!

Selain sesuai dimakan dengan nasi putih, tom yam santan ini juga sangat sedap dimakan dengan mee hoon atau mee basah. Kalau nak diet, nak ratah macam tu pun cukup mengenyangkan.

Resepi ini juga cukup lengkap dengan lauk ayam, seafood dan juga sayur-sayuran. “Perfect recipe” bak kata orang putih. Semoga resepi tom yam santan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open