Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Padang Yang Paling Power Dan Gerenti Sedap. Menu Ringkas Untuk Sedapkan Lauk!

0 1,089

Ada yang suka makan sambal padang? Memang power rasanya dan gerenti sedap. yang suka makan kat restoran padang atau minang mesti tahu sambal ni. Kalau takde sambal ni rasa tak syok je nak makan.

Ada juga yang mengenali sambal padang ini sebagai sambal ijo. Ianya tidak memerlukan bahan menumis yang banyak. Cuma perlukan bawang merah, bawang putih dan juga cili. Semua bahan akan dikisar dan ditumis sampai pecah minyak.

Sambal padang ini boleh dibuat banyak dan dijadikan stok. Simpan dalam peti dan boleh dipanaskan bila nak makan nanti. Sambal ini juga boleh digunakan dalam masakan atau dicampur dalam lauk ketika makan.

Kalau dah tak sempat sangat nak masak masakan, boleh je masak masakan yang simple dan makan bersama sambal padang ni. Dah cukup menyelerakan walaupun cuma dimakan bersama telur dadar. Jom follow resepi Encik Khabbab Jamalludin.

Ada macam-macam cara nak masak sambal padang ni. Ada yang dicampurkan dengan belacan dan ada juga yang dicampurkan ikan bilis. Tapi untuk resepi ini, kedua-dua bahan tersebut tidak diperlukan.

 

RESEPI SAMBAL PADANG

Untuk penggemar sambal padang, apa kata anda follow resepinya disini. Sangat simple dan mudah untuk ada cuba! Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
  • Bawang besar sikit
  • Bawang putih sikit
  • Cili Merah
  • Cili Hijau
  • Cili Api

*Sukatan dua kali lapisan dari gambar.

 

Bahan lain :
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Daun limau purut.

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PANDANG :

▶️ Masukkan semua bahan dalam blander dan tambahkan sedikit air. Kemudian, kisar kasar.

▶️ Tumis dalam minyak panas. Minyak kena betul-betul panas.

▶️ Bila dah bertukar sikit warna cili terus perlahan kan api.

▶️ Tutup guna tudung periuk, sambil kacau sekejap-sekejap.

▶️ Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup dengan minyak, masukkan pula asam keping, gula, garam dan daun limau purut.

▶️ Boleh juga masukkan ajinomoto dan tutup sekejap.

▶️ Lepas 5 minit boleh tutup api. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Ketayap Inti Padat Yang Paling Sedap. Kalau Suka Follow Je Resepinya Disini!

 

Siap untuk dihidang bersama lauk lain. Memang terangkat dengan rasanya! Kalau dah buat dalam kuantiti yang banyak, balance boleh dimasukkan dalam bekas kaca. Kalau bekas plastik nak basuh nanti agak leceh, sebab sambal ni berminyak.

Sambal juga bersifat tahan lama, sebab ianya menggunakan cili. Minyak juga antara salah satu bahan yang boleh buat sambal tahan lebih lama. Jangan lupa simpan dalam peti. Kalau nak makan nanti boleh sendokkan dan panaskan dalam microwave.

Kalau nak makan sambal ni dengan terung bakar pun sedap tau. Padu rasanya! Sedap juga dicampur dalam ayam goreng kunyit. Semoga resepi sambal padang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open