Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Kek Pisang Kukus Gebu Dan Moist. Hanya Dengan 4 Langkah Sahaja Dah Siap!

Kek pisang gebu gebas
0 22,838

Ada yang favourite betul dengan kek pisang? Biasa makan versi bakar kan. Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi macam mana nak hasilkan kek pisang kukus yang gebu dan moist.

Alang-alang memang ada pisang dekat rumah, bolehlah cuba ikut resepi yang saya nak kongsikan ni. Sedapnya bukan main lagi tau kalau kita buat versi kukus ni. Serious wangi.

Perkongsian resepi dari Cik Puan Azzu Riana Kak Long ni nampak menarik je denga nada hirisan pisang di atasnya tu. Penggunaan acuan pun menjadikan kita mudah nak hiris untuk makan.

Banyak lagi resepi menarik yang beliau kongsikan kepada kita. Taip je nama beliau di facebook, berderet resepi-resepi yang best boleh kita follow. InsyaAllah nanti, saya kongsikan lagi resepi beliau yang lain ye.

Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsikan di facebook semua resepi menarik. Untuk yang baru nak belajar pun rasa senang nak ikut.

 

RESEPI KEK PISANG KUKUS GEBU DAN MOIST

Yang membezakan satu-satu kek bila ianya dibakar dan dikukus adalah dari segi bau dan tekstur kek tersebut. Bila dibakar, kek akan bau lebih wangi berbancing kukus. Akan tetapi kek yang kukus akan lebih lembut dan gebu.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 2 cawan pisang berangan ( dilenyek)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 penutup esen vanilla

CARA PENYEDIAAN KEK PISANG KUKUS GEBU DAN MOIST :

▶ Mula-mula sekali, satukan semua bahan dalam satu bekas kecuali tepung gandum. Kacau semua bahan tu menggunakan sudip atau whisk.

▶ Tak perlu pukul sampai kembang. Cukup sekadar kacau sebati sahaja.

▶ Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sampai sebati dan pastikan tidak berketul.

▶ Sementara tu boleh panaskan pengukus dan biarkan air mendidih.

▶ Oles acuan dengan minyak. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Masak dengan api sederhana besar.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

TIP :

▶ Untuk dapatkan kek warna yang cantik adalah perap seketika pisang yang dilenyek tu.  Barulah gabungkan dengan bahan-bahan lain.

 

BACA JUGA: Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Resepi Special Buat Mertua!

 

Kek pisang kukus gebu dan moist ni sedap dihidangkan untuk minum petang, sesuai untuk hidangan kepada tetamu dan nak buat makan saje-saje pun boleh.

Yang penting cara nak buat kek pisang ikut resepi ni serious simple dan senang sahaja kan? Kalau barang semua dah ada, hanya tinggal lenyek pisang dan gaulkan bahan sahaja. dalam masa 15 minit pun boleh siapkan satu adunan kek dan sedia untuk dikukus.

Masa kukus pula, pastikan tiada air yang menitis ke dalam kek kita. Sama ada balut penutup periuk kukus atau tutup kek dengan aluminium foil. Kek dah masak, tunggu suam sedikit barulah dipotong dan hidangkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open