Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spaghetti Bolognese Versi Melayu Siap Ada Tulang. Yang Tak Suka Resepi Biasa Wajib Cuba!
Tidak semua yang tekaknya boleh telan makanan western. Ada yang tekak melayu dan hanya boleh makan makanan melayu sahaja.
Tapi rugi lah sebab spaghetti Bolognese adalah salah satu makanan pasta yang sangat sedap! Betul, lain orang laian citarasanya.
Nak elakkan rasa rugi tu, maka sekarang ni adalah pelbagai jenis resepi spaghetti Bolognese yang sesuai di makan. Resepi rahsia dari Cik Puan Hafizah Ahmadni memang wajib kita cuba!
Seperti perkongsian Puan Hafizah Ahmad ni. Pada awalnya dia tidak boleh menerima spaghetti, sehinggalah kakaknya yang mengolah sedikit dari resepi asal. Alhamdulillah ianya sedap dan boleh makan berulang!
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Pasta (mee Spaghetti – WAJIB ada sebab ini lah bahan utama)
- Bawang besar atau bawang holland ( di potong dadu)
- 2 -3 sudu Cili boh @ Cili giling ( Cili kering yang diblend)
- Sos Pasta Tomato (original) – terpulang nak guna apa-apa jenama pun boleh.
- 1 Tin kecil tomato puri
- Daging hancur
- Tulang / Ekor (optional /jika ada)
- Meetball ( Di pasaraya ada dijual )
- 1 tin cendawan butang (nak guna yang fresh pun boleh)
- Mixed herbs
- Serbuk black pepper
- 1 Kiub pati ayam
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- Capsicum (dipot0ng dadu)
- Tomato ( Pot0ng dadu)
CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI BOLOGNESE :
▶ Mula-mula rebus tulang/ ekor dulu sehingga empuk
▶ Rebus 1 paket mee spaghetti. Masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Dah siap. Ketepikan.
▶ Panaskan minyak, tumis bawang besar / bawang holland sehingga naik bau.
▶ Kemudian, masukkan cili boh dan masak sehingga cili garing.
▶ Bila cili dah garing, tuang sos pasta dan juga tomato puri terus ke dalam kuali.
▶ Biarkan ianya dimasak dengan sebati.
▶ Dah naik minyak, masukkan daging hancur. Leraikan siap-siap atau leraikan dalam kuali menggunakan sudip. Jika suka banyak, boleh tambah lagi daging hancur tersebut.
▶ Agak-agak daging dah masak, masukkan perasa lain. Seperti mixed herbs, black pepper dan kiub pati ayam
▶ Kuah dah agak sebati, masukkan tulang / ekor serta airnya. Airnya ini untuk kuah. Jika tidak suka kuah yang banyak, boleh kurangkan air. (bagi yang tidak ada tulang / ekor ni, hanya masukkan air sedikit mengikut banyak mana kuah yang kita nak).
▶ Biarkan kuah menggelegak. Masukkan meetball dan cendawan butang.
BACA JUGA: Koleksi Resepi Ayam Golek Extra Moist & Juicy. Gerenti Jadi!
▶ Perasakan dengan garam dan gula.
▶ Jika ada capsicum, boleh masukkan di penghujung supaya bila dimakan ianya masih rangup dan sedap.
▶ Masukkan tomato dan kacau seketika.
▶ Bila rasa dah cukup, maka boleh padamkan api.
▶ Sedia dihidang untuk dimakan bersama keluarga.
Wah! Memang lain dari yang lain ye perkongsian spaghetti kali ini. Boleh dicuba kerana rupanya menarik.
Kepada yang sememang nya tidak suka spaghetti, boleh lah cuba buat resepi kali ini. Siapa tahu, anda akan jatuh cinta!