Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Koleksi Agar-Agar Pencuci Mulut Yang Wajib Korang Cuba. Sedap dan Mudah!

0 17,771

Agar-agar sinonim dengan sebagai makan pencuci mulut atau sajian hidangan kepada tetamu. Rata-rata tahu, agar-agar sememangnya mempunyai pelbagai jenis dan rasa.

Kebiasaanya anak-anak suka makan agar-agar kerana tesktur yang lembut, mudah dimakan dan rasa yang enak. Lebih-lebih lagi bila ianya baru dikeluarkan dari peti sejuk. Waah!

Koleksi agar-agar ini saya kumpulkan supaya mudah untuk anda memilih jenis agar-agar yang menjadi tarikan dan ada bahannya di rumah.

Ada 10 kesemuanya dan jom kita lihat satu persatu.

 

AGAR-AGAR SANTAN SEDAP

Agar-agar santan ini mempunyai rasa lemak dengan adanya santan dalam bahan yang digunakan. Dimakan waktu sejuk, pasti ada yang berebut sehingga ke potongan terakhir.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan lapisan bawah :

  • ½ pek agar-agar tali ( 6 gram )
  • 6 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air

 

Bahan-bahan lapisan atas :

  • 10 helai daun pandan (dikisar bersama ½ cawan air dan ditapis. Ambil jusnya.)
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 4-6 sudu makan gula
  • ½ agar agar tali ( 6 gram )
  • 350 ml air

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN :

BAHAGIAN BAWAH –

▶ Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih, baru letak agar- agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. Kemudian, masukkan gula bersama sedikit garam

▶ Tutup api bila semuanya sudah sebati dan biarkan sehingga suam. Masukkan santan dan kacau manja. Tuang ke dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

▶ Pernah tak anda buat resipi agar-agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

 

BAHAGIAN ATAS –

▶ Didihkan air dalam periuk hingga menggelegak. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan, gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.

▶ Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.

▶ Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.

▶ Biarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa,seeloknya buat pada tengahari.

Selamat mencuba! Terima Kasih Dari Dapur kongsikan resepi ni.

 

AGAR-AGAR KIUB

Agar-agar kiub ni menggamit memori zaman kanak-kanak. Dengan warna yang berwarna warni membuatkan kita tak sabar nak menjamah agar-agar kiub ini. Diberi nama sedemikian kerana ianya gabungan daripada beberapa agar-agar yang dipot0ng dengan bentuk kiub atau petak.

RESEPI AGAR-AGAR KIUB

Bahan-bahan yang digunakan untuk agar-agar kiub :

  • 1 paket agar-agar tali – direndam dan toskan
  • ½ kg gula
  • 3 helai daun pandan
  • Air secukupnya
  • Pewarna (jika ada)
  • Merah
  • Hijau
  • Kuning

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR KIUB

▶ Didihkan air dan masukkan agar-agar.

▶ Kacau sehingga sebati dan masukkan secubit garam dan daun pandan.

▶ Kecilkan api, ambil sedikit agar-agar masukkan dalam 3 piring cawan. Titiskan pewarna merah, hijau dan kuning.

▶ Kemudian sejukkan 3 piring tersebut dalam peti sejuk bahagian ais batu, tunggu beberapa minit dan setelah keras potong dadu kesemuanya.

▶ Kemudian tuang agar-agar cair kedalam acuan yang mempunyai lubang ditengah.

▶ Masukkan ketiga-tiga warna kiub tadi dan kacau, sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan.

Kredit Resepi – Eita Jufriaizawa

AGAR-AGAR MILO SUSU

Agar-agar ini sudah pasti menjadi kegemaran anak-anak kerana rasa milo dan susunya. Tidak susah untuk membuat agar-agar ni, semua bahan-bahan yang digunakan sememangnya ada di rumah dan dapur kita.

RESEPI AGAR-AGAR MILO SUSU

Bahan- bahan yang digunakan untuk buat agar-agar ni :

  • 1 liter air
  • 1 paket agar-agar
  • ½ tin susu pekat
  • 7 sudu besar serbuk milo
  • 1 cawan air panas
  • Gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR MILO SUSU

▶ Campurkan milo dan susu bersama air panas, kacau sebati dan asingkan, ketepikan dahulu.

▶ Mula2 rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih.

▶ Kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi kedalam agar2 dan kacau sebati.

▶ Boleh tambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan.

▶ Kacau rata sehingga mendidih, apabila agar-agar sudah siap, kecilkan api.

▶ Setelah agar-agar betul-betul masak,tutup api dan masukkan kedalam bekas atau acuan agar2 dan biarkan dalam 30minit.

▶ Kemudian barulah bekukan didalam peti sejuk, apabiladah keras dan beku bolehlah dihidangkan.

Kredit Resepi – DariDapur.com

AGAR-AGAR SANTAN GREENTEA

Wah! Biasanya orang buat minum je air greentea. Kali ni ada yang kongsikan resepi agar-agar greentea. Macam mana lah tu rasanya kan. Pasti sedap sebab perkongsian ini mendapat sambutan hangat juga di facebook.

Benda-benda viral dan unik ni boleh lah kita cuba.

RESEPI AGAR-AGAR GREENTEA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 peket agar agar (20gm)
  • 1.4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air bancuhan green tea (1 sudu besar greentea) – saya guna greentea cap number one brand.
  • Gula (ikut tahap kemanisan masing masing)

 

CARA PENYEDIAN AGAR-AGAR GREENTEA :

▶ Masak agar- agar dgn 1.4 liter air sehingga hancur

▶ Kemudian, masukkan bancuhan greentea

▶ Seterusnya, di bekas yg lain pecahkan telur dan campurkan santan, pukul manja-manja sahaja.

▶ Kemudian, masukkan santan yang telah dicampur telur tadi berserta gula ikut manis masing2.

▶ Didihkan sebentar atas api yang perlahan.

▶ Akhir sekali, tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Kredit Resepi – Resepi Untuk Dikongsi

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS

Tengok gambar sahaja sudah tahu rasa kesedapan agar-agar santan sirap ros ini. Rasa yang manis-manis sirap tu, dimakan pula sejuk memang laju je akan habis setiap potongan.

Boleh lah cuba buat agar-agar santan sirap ros ini, dan kongsikan kepada jiran-jiran. Mana tahu, ada yang suka dan minta resepi. Bolehlah kongsikan resepi ini.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 15 gram agar-agar tali
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 ½ cawan santan
  • perisa sirap ros
  • 1 biji telur
  • sedikit garam

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS

▶ Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga larut, masukkan gula.

▶ Biarkan sehingga mendidih.

▶ Masukkan perisa sirap ros.

▶ Masukkan sebiji telur di dalam mangkuk santan. Kacaukan ia.

▶ Masukkan santan kedalam periuk agar-agar tadi. Kemudian ditambah dengan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya.

▶ Dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih.

▶ Masukkan agar-agar ke dalam loyang atau acuan kesukaan yang dibasahkan terlebih dahulu. Biarkan ia sejuk, barulah dipotong untuk dihidangkan.

 

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Agar – agar santan pandan ni ada juga yang memanggil atau namakan dia sebagai agar-agar lumut. Rasa dia sedap, berlemak dan manis.

Kalau tadi kita menggunakan pewarna ros dalam agar-agar kita, kali ini kita gunakan pandan sebagai perasa. Jom kita cuba resepi bonda ni.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan -bahan yang digunakan:

  • 1 peket agar-agar tali
  • 2 cawan santan kelapa
  • Gula – ikut suka manis masing-masing
  • Secubit garam
  • 5 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan dapatkan jusnya)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau

 

CARA PENYEDIAN AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

▶ Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.

▶ Masukkan gula, sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.

▶ Semasa agar-agar masih mendidih, masukkan santan yang di pukul dengan telur. Kacau sebentar jangan sampai melimpah keluar periuk. Kacau sebati.

▶ Masak sebentar kemudian bolehlah di angkat letak dalam acuan yang di sukai.

▶ Sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah dipot0ng dan dihidangkan

Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.

BACA JUGA: Aneka Resepi Kuih Putu Sedap! Hasilnya Macam Beli Kat Pasar Malam

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Waah! Rindunya nak makan agar-agar santan gula Melaka ni. Mesti ramai yang suka makan agar-agar ni sebab selain berlemak santan, agar- agar ni manis dengan air gula melaka yang digunakan.

Tidak semua orang pandai buat agar-agar menggunakan santan ini. Jadi, kepada yang nak cuba dengan sukatan yang betul, boleh lah cuba resepi ini.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 10-12 gram agar-agar (saya guna agar-agar bertali)
  • 3 ½ cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220 gram)
  • 1 sudu besar gula merah thai
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ½  sudu kecil garam

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

▶ Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.

▶ Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.

▶ Kemudian, masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.

▶ Seterusnya, masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan halus dapat terbentuk cantik.

▶ Tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap!

Kredot Resepi – iResepi.com

 

AGAR-AGAR KOKTAIL

Bila sebut koktail, selalu terbayangkan air susu yang dicampur dengan buah-buahan dan nata de coco serta sumi. Diminum pula waktu tengah hari dengan air batu yang menyejukkan tekak.

Tapi kali ini, koktail diubah menjadi agar-agar dan rasanya akan jadi sedikit kelaian kerana ia dimakan dalam keadaan keras sedikit.

Agar-agar ini akan jadi rebutan anak-anaklah biasanya sebab rasa susu yang sedap digunakan untuk membuatnya. Follow resepi iResepi ni.

RESEPI AGAR-AGAR KOKTAIL

Bahan-Bahan yang digunakan:

  • 1 bungkus atau 20gram agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 ½ cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR KOKTAIL :

▶ Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

▶ Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktail berserta airnya sekali.

▶ Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan selama 2 hingga 3 minit.

▶ Bila dah mendidih, tutup api dan tuang di dalam loyang

▶ Biarkan seketika, dan sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

 

AGAR-AGAR BUAH NAGA

Penggemar buah naga sudah pasti akan terliur memandang agar-agar buah naga ni. Rasanya yang sedap, dengan warna yang menarik ni betul-betul buat kita rasa tidak sabar nak merasa.

Jika ada buah naga lebih boleh lah buat pula agar-agar buah naga ni.

RESEPI AGAR-AGAR BUAH NAGA

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 1 paket agar-agar tali
  • 9 cawan air
  • 1 ½ cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji buah naga – dipot0ng dadu

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR BUAH NAGA :

▶ Masak agar-agar hingga hancur dengan air yang menggelegak

▶ Kemudian, masukkan gula dan susu cair. Perlahankan api

▶ Bila dah mendidih, terus tutup api.

▶ Masukkan ke dalam acuan kegemaran masing-masing.

▶ Akhir sekali, masukkan buah naga yang telah dipot0ng dadu tadi.

▶ Bekukan dalam peti sebelum dihidangkan pada waktu petang.

Kredit – Facebook Aneka Resepi Agar-agar

 

AGAR-AGAR ROTI

Kalau ada roti yang dah hampir expired, jangan dibuang sebab boleh buat agar-agar roti yang super sedap ni.

Sekali dah makan, confirm jatuh cinta. Anak-anak pun akan suka.

RESEPI AGAR-AGAR ROTI

Bahan-bahan yang digunakan:

  • 4 keping roti (saya guna gardenia)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan air
  • 2 biji telur
  • 2 sudu marjerin

 

Larutan agar²

  • 1 paket agar² serbuk
  • ½ cawan gula kastor
  • 3 cawan air

 

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR ROTI :

▶ Blend roti, susu cair, air, susu pekat, telur dan esen vanilla. Blend sehingga hancur.

▶ Panaskan periuk, masukkan air. Bila dah panas masukkan agar² dan kacau hingga larut.

▶ Kemudian masukkan gula, kacau sehingga gula hancur.

▶ Masukkan bahan blend tadi dan akhir sekali masukkan sedikit planta. Kacau hingga pekat dan likat.

▶ Bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut warna yang kita suka.

▶ Warna kan dan susun atur dalam acuan atau loyang. Renjis dulu loyang dengan air, baru lah masukkan adunan.

▶ Simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

Sedia dihidang dan boleh dibuat untuk berbuka puasa. 💃💃

Kredit Resepi – Port Resepi

 

Waah! Dalam kesemua resepi agar-agar yang dikongsikan ni, yang mana betul-betul rasa tak sabar nak buat. Bahan dah ada kat rumah dan tinggal kita nak beraksi di dapur.

Saya tertarik betul dengan agar-agar roti yang terakhir tu. Esok boleh lah buat untuk jamu ahli keluarga. Buat dan sejukkan dalam peti, sebelum dihidang!

Jika rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa tekan button share dan kongsikan di facebook anda ye! 😊

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open