Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pizza Homemade Yang Paling Senang Dan Cepat Dibuat. Ambil Masa 20 Minit Je Dah Siap!

0 843

Ada yang teringin nak buat sendiri pizza dirumah. Jom kita follow resepi pizza homemade yang paling senang dibuat ini. Cuma ambil masa 20 minit je dah siap. Yang paling penting, panas-panas dah boleh makan.

Sejak pkp ni, dah lama rasanya tak dapat makan pizza kat luar. Kena delivery food panda je. Dah la harga mahal, kena bayar service penghantaran lagi. Kan seronok bila buat sendiri dirumah! Nak buat banyak pun boleh.

Base pizza boleh beli kat Mydin je. Tak perlu buat doh pizza lagi. Guna yang segera je. Bahagian toppingnya pula, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Bahan wajib adalah sos kimball tradisional. Barulah menjadi!

Pizza pula terkenal dengan cheese tarik dibahagian atasnya. Cheese juga adalah salah satu bahan tarikkan yang ada didalam pizza. Penggemar cheese sangat suka pada pizza yang ditabur dengan cheese yang banyak. Tertarik-tarik bila dimakan.

Resepi pizza homemade yang plaing senang dibuat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sarah. Yang suka makan pizza dan rasa nak jimat duit poket tu, bolehlah cuba buat homemade pizza ni. Sangat-sangat berbaloi!

 

RESEPI PIZZA HOMEMADE

Musim pkp ni kena banyak berjimat. Dan lagi selamat bila masak dirumah. Kita pun tak tahu siapa yang akan bawah virus kepada kita. Semoga negara kita cepat-cepat bebas dari Covid-19 ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Doh pizza segera
  • Crab stick (dipotong kecil)
  • Sosej (dipotong kecil)
  • Mushroom (dipotong kecil)
  • Cili benggala (dipotong kecil)
  • Ayam kisar
  • Bawang holland (didadu)
  • Sos kimball tradisional
  • Cheese topping pizza

CARA PENYEDIAAN PIZZA HOMEMADE :

▶️ Sapu sos kimball pada permukaan atas base pizza.

▶️ Susun pula semua bahan iaitu crab stick, sosej, mushroom, cili benggala, ayam kisar dan bawang holland diatas sos kimball. Nak guna Bahan lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

▶️ Tabur cheese sebanyak yang anda suka. Lagi banyak lagi syok nak makan nanti.

▶️ Bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Set Lengkap Nasi Ganja Dengan Ayan Goreng Dan Kuah Kari Mamak. Confirm Ketagih Dibuatnya!

 

Keluarkan dari oven dan bolehlah dipotong ikut suka! Nak saiz besar atau kecil terpulang pada anda. Mudahkan! Tak sangka semudah ini nak buat pizza. Pizza frozen pun dah banyak jual sekarang ni.

Kekadang bila pegi pasaraya, nampak pizza frozen tu mesti nak beli. Tapi sejak ada resepi ni, beli base pizza je. Bahagian topping nak simpan apa dan sebanyak mana pun boleh. Nampak meriah pizza homemade kita jadinya!

Lepas ni sesiapa je yang gemar makan pizza, bolehlah cuba-cuba resepi ni. Makan ramai-ramai dengan keluarga pun seronok. Semoga resepi pizza homemade yang mudah dibuat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open