Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng Cabe Ijo Yang Paling Sedap. Confirm Terangkat Dibuatnya!

0 530

Tengah masak apa tu? Pernah tak cuba resepi ayam goreng cabe ijo? Masakan ala Padang yang padu pedasnya. Selain dimasak dengan ayam, resepi ini juga boleh dihidang dengan lauk lain seperti daging dan juga seafood.

Ayam yang akan dimasak dengan sambal hijau ini akan di goreng garing terlebih dahulu menggunakan serbuk kunyit dan juga garam. Cara penyediaan resepi ini juga sedikit berbeza dengan lauk tumis yang lain.

Kebiasaannya bahan tumisan akan dikisar terlebih dahulu sebelum ditumis. Tapi untuk resepi ayam goreng cabe ijo ini pula, kita perlulah menumis dahulu Bahan tumis sebelum dikisar kasar. Di situlah kelainan dalam resepi ini.

Apa bila bahan tumis layu dimasak, ianya akan dimasukkan kedalam blander. Dikisar kasar barulah dimasak semua sehingga pecah minyak. Resepi ini juga menggunakan serbuk belacan untuk menaikkan lagi rasa masakan.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resepi ayam goreng cabe ijo dari Cik Puan Nurul Ateekah. Confirm terangkat dibuatnya. Syok giler layan lauk ni dengan nasi putih panas-panas.

 

RESEPI AYAM GORENG CABE IJO

Sebelum itu, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Ateekah kerana seringkali berkongsi pelbagai resepi di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jom lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam (9 ketul)
  • 4 batang Cili hijau
  • 12 batang Cili padi hijau
  • 1 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • 1 biji Tomato (dibelah 4)
  • Daun limau purut
  • 1 sudu kecil Serbuk belacan

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG CABE IJO :

▶️ Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan juga garam. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

▶️ Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.

▶️ Setelah itu kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.

▶️ Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi kedalam kuali. Masukkan juga daun limau purut. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.

▶️ Kemudian, masukkan serbuk belacan dan serbuk perasa. Gaul rata masakan.

▶️ Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan kesemuanya sehingga rata.

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Pizza Homemade Yang Paling Senang Dan Cepat Dibuat. Ambil Masa 20 Minit Je Dah Siap!

 

Mudahkan resepi ni! Campak-campak dah siap! Memang padu sangat rasa ayam goreng cabe ijo ini. Mana tak nya, banyak juga cili yang digunakan. Cili yang dimasak dulu dan kemudiannya dikisar memang pedasnya lain macam tau.

Seperti yang kita tahu, masak cabe ijo ini merupakan hidangan dari negara jiran Indonesia. Kebanyakkan resepi yang asalnya dari sana, memang cukup pedas. Untuk mereka yang tak tahan pedas, boleh kurangkan penggunaan cili.

Resepi ini sama seperti penyediaan sambal balado, tetapi hidangan ini cuma menggunakan serbuk belacan dan bukannya belacan goreng. Semoga resepi ayam goreng cabe ijo ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open