Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kebab Daging Guna Roti Pita Ala Pasar Malam. Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

0 311

Ada tak kat sini penggemar kebab daging guna roti pita? Kita memang geng. Dulu sebelum Covid, pasar malam berpisah tiada. Lepas je covid, masak kat rumah lagi best dari beli makanan kat luar. Tu yang kebab daging pun buat kat rumah.

Ha! Makan apa petang-petang ni. Lama tak pergi pasar malam beli kebab daging kan. Disebabkan rindu pasar malam, kita buat pita kebab sendiri. Lagi senang! Anak-anak pun confirm suka. Tak susah mana pun nak buat kebab ni. Janji bahan lengkap.

Biasanya kalau nak makan kebab, kiat akan pakai roti pita. Panggang atau bakar kejap roti pita supaya lagi sedap masa nak makan dengan intinya. Sama la macam kita nak makan burger. Roti burger pun kita nak kena masak kejap kan. Barulah nikmat rasa nak makan nanti.

Seperti yang kita tahu, kebab ni merupakan makanan dari negara Turki. Tapi dah semakin famous kat Malaysia. Banyak peniaga-peniaga kecil yang menjual kebab di pasar-pasar malam. Dan ada banyak rasa yang korang jumpa. Try korang buat resepi kebab daging dari Encik Roslan Rusly ni. Kot sesuai dengan tekak korang.

Buat sendiri lagi puas hati. Kalau tak berani nak cuba korang follow la resepi ni sebijik-sebijik. Kalau tak derhaka, confirm menjadi punya la. Yang penting kebersihan makanan tu terjamin dari beli kat luar. Betul tak?

 

RESEPI KEBAB DAGING GUNA ROTI PITA

Tak nak buang masa lagi. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kebab daging guna roti pita ni. Pastikan barang dah lengkap sepenuhnya baru buat ye. Kang ada kurang tak syok pulak nak buat. Spoil mood je.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti pita
  • Daging burger (sebab daging berger ada rasa sedap)
  • Timun Jepun
  • Sos cili
  • Salad
  • Mayonis
  • Serbuk perasa
  • Lada sulah
  • Marjerin

CARA PENYEDIAAN KEBAB DAGING GUNA ROTI PITA :

▶️ Timun buangkan bijinya, supaya tak berair. Kemudian, potong dadu.

▶️ Luar pita sapu marjerin/butter. Kemudian, panggang sekejap. Sampai jadi macam ni. Cantikkan!

▶️ Masakkan daging dan hancurkan.

▶️ Masukkan lada sulah dan perasa.

▶️ Masukkan sos cili dan timun. Gaul sebati.

▶️ Potong salad kecil-kecil.

▶️ Masukkan salad dalam roti pita dan masukkan mayonis.

▶️ Masukkan daging yang dah siap masak. Siap!

 

BACA JUGA : Salad Buah-Buahan Paling Senang Nak Buat. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

 

Nahhh, selambak isinya. Buat sendiri, penuh baq hang. Kalau beli kat luar, belum tentu dapat penuh macam ni ye. Kadang sos dan mayonis pun letak seciput je. Dah siap kebab ni, korang nak letak sos dan mayonis lagi pun boleh. Lagi meriah!

Nak buat kebab ni elok guna daging burger. Sebab daging burger ni rasa dia lagi sedap. Nak guna daging Ramly ke terpulang brand apa korang nak. Janji daging burger yang bulat. Masa masak nanti, hancurkan je la.

Rugi tau tak cuba kebab daging guna roti pita Encik Encik Roslan Rusly ni. Memang puas makan! Terima kasih di ucapkan kepada beliau, kerana sudi kongsi resepi ni untuk kita semua. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open