Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Kuning Dan Ayam Bali. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 96

Siapa pernah makan nasi kuning kat Sabah? Sedap kan. Nasi kuning ni boleh di makan dengan ayam dan ikan masak sambal merah. Tapi hari ni kita nak cuba resepi nasi kuning dan ayam bali pulak. 

Nasi kuning dan ayam bali ni sedap di makan dengan acar timun dan sambal belacan. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Lagi sedap bila hidang nasi kuning ni panas-panas dengan lauknya. 

Di Sabah nasi kuning ni sangat popular. Biasanya di jadikan menu untuk sarapan pagi. Dijual dan sering juga dihidang bila ada majlis kenduri kendara. Nasi kuning ni tak susah mana pun nak buatnya.

Resepi nasi kuning dan ayam bali ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Atier Syah. Tengok kat gambar je dah terasa keenakan nasi kuning dan ayam bali ni. Rugi sangat kalau tak buat.

Orang Sabah yang dah lama sangat duduk semenanjung, mesti rindu nak makan nasi kuning mak-mak kita kat kampung kan. Try la buat ikut resepi ni. Boleh jugak la buat lepas craving atau rindu kat kampung nanti. 

RESEPI NASI KUNING DAN AYAM BALI 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi kuning ni. Step memasak seperti di bawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan untuk nasi kuning : 
  • 4 cawan beras
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 sb majerin
  • Sedikit minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Pewarna kuning

Bahan-bahan bertanda * dihiris halus

Bahan-bahan untuk ayam bali : 
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • Kicap manis secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa

Bahan-bahan bertanda * diblender

CARA PENYEDIAAN NASI KUNING & AYAM BALI : 
Cara penyediaan nasi kuning : 

▶️ Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang.

▶️ Masukkan bahan yang dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.

▶️ Masukkan beras dan air yang secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bahan tumisan tadi.

▶️ Masukkan sedikit garam dan pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap!

 

Cara penyediaan ayam bali : 

▶️ Lumur ayam dengan kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jangan terlalu garing nanti kurang sedap.

▶️ Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan.

▶️ Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.

▶️ Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak.

▶️ Lepas tu masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul sebati & tunggu sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan kicap, sampai warna maroon ye. Letak gula dan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.

▶️ Boleh taburkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Badak Berendam Yang Lemak Manis. Tak Cukup Seketul Dibuatnya!

 

Wah! Nikmatnya makan nasi kuning pagi-pagi ni. Kat kampung mak aku selalu sangat masak nasi kuning. Lagi-lagi bila adik nombor tiga dah balik. Tak payah cakap, mak aku confirm buat dah untuk makan pagi. 

Nasi kuning sedap di makan dengan ayam dan ikan kayu masak sambal merah. Nak masak sambal semata pun boleh. Tinggal goreng ayam dan masa telur rebus. Dah perfect hidangan nasi kuning kita. Buat ayam goreng tepung memang sedap ye. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Atier Syah kerana sudi berkongsi resepi nasi kuning dan ayam bali ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open