Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Salad Buah-Buahan Paling Senang Nak Buat. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Dapat salad buah petang-petang macam ni syok juga kan. Bukan susah sangat nak buat pun. Yang penting ada buah, susu, yogurt dan mayonis. Nak lagi sedap jangan lupa letak kismis ye. Kat Facebook ada banyak resepi salad buah-buahan yang senang nak buat. Tinggal pilih je mana yang korang nak.
Salad buah ni kena meriah dengan buah. Barulah best nak makan. Boleh letak buah manis dan masam seperti pelam, epal merah, epal hijau, nenas dan anggur. Tapi tak suggest korang masukkan buah tembikai. Sebab nanti salad buah korang berair. Ada juga salad buah yang dicampur dengan makaroni ye. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Salad buah biasanya dihidang untuk dessert di majlis-majlis. Tapi nak buat kat rumah untuk sejukkan tekak pun boleh. Sesuai juga untuk korang yang nak diet. Makan buah ni banyak-banyak boleh buat kita kenyang tau. Tapi jangan la pula tak makan nasi langsung. Salah tu. Kena makan nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Banyak-banyak orang yang baca blog ni, mesti ada juga yang tak pernah buat salad buah sendiri kat rumah kan? Baik ngaku. Kebanyakan beli je. Haa, meh sini aku share kat korang resepi salad buah-buahan Cik Puan Rozita Daud. Salad ni memang viral kat Facebook. Ramai yang cuba tau!
Kat Facebook je dah ada 21k share resepi ni. Memang nampak sedap dari gambar. Belum makan lagi. Rugi korang tak cuba buat salad buah ni. Buat sendiri lagi puas hati. Kebersihan makanan pun terjamin. Resepi dah ada, tinggal follow je sebijik-sebijik.
RESEPI SALAD BUAH-BUAHAN
Tak sabar nak tahu bahan yang diperlukan untuk salad buah ni. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan penyediaannya. Yang takde kat rumah, korang boleh pegi beli dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Salad buah-buahan
- 1 biji buah pelam
- 2 biji epal hijau
- 2 biji epal merah
- Krimis hitam (ikut nak banyak mana)
- Anggur (ikut nak banyak mana)
- 1/2 tin susu cair
- 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
- 5@6 sudu mayonis buah-buahan
CARA PENYEDIAAN SALAD BUAH-BUAHAN :
▶️ Potong dadu semua buah kecuali anggur. Nak belah dua anggur pun boleh.
▶️ Kemudian, masukkan semua buah dalam satu bekas.
▶️ Masukkan kismis, yogurt & mayonis.
▶️ Gaul sebati semua bahan dan sejukkan. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kuih Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal. Serious Sedap Weh!
Semudah ABC nak buat salad buah ni. Kuncinya hanya kerajinan. Sebab korang kena potong dadu buah untuk dapatkan salad yang cantik dan sedap dimakan. Fuh! Masuk sejuk-sejuk sesuap salad ni kat tekak, mesti rasa nyaman kan. Lagi-lagi makan waktu cuaca panas.
Nak buat salad ni pastikan korang guna mayonis buah. Jangan pakai mayonis yang biasa tu. Sos salad buah-buahan kan ada. Pakai mayonis buah barulah perfect hidangan salad kita. Jangan curang bahan ye. Kena ikut kalau nak dapatkan hasil salad buah yang sedap.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozita Daud kerana sudi berkongsi resepi salad buah-buahan yang senang giler nak buat ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!