Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheezy Wedges Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!

0 63

Dah lama tak makan cheezy wedges kat KFC. Tekak ni teringin pulak nak makan. Nasib la jumpa resepi cheezy wedges homemade ni kat Facebook. Boleh la buat sendiri kat rumah. Special untuk korang yang tak reti nak masak-masak.

Sejak isu-isu berkait, family aku memang tak pernah sekali pun makan kat restoran tu. Lama-lama rasa rindu jugak ayam goreng dan cheezy wedges kat situ. Tapi takpe, kat blog ada banyak resepi mudah buat cheezy wedges ni. Tinggal follow je.

Kadang tak berbaloi jugak beli kat luar dengan harganya. Beli kentang dan buat sendiri cheezy wedges ni lagi puas hati. Boleh makan banyak dan panas-panas lepas goreng. Dapat pulak yang lebih garing dari beli kat luar. Memang puas hati la.

Yang dah siap kat kedai pun ramai je yang jual. Tapi ada masa cuti macam ni seronok kalau buat sendiri dengan anak-anak. Rasa cheezy wedges lagi sedap dari yang korang beli kat luar tau. Nak makan banyak pun takde yang halang.

Resepi cheezy wedges homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norashikin Ismail. Simple, mudah dan sedap ye. Anak-anak pun berebut nak makan. Siap request nak lagi cheezy wedges ni.

 

RESEPI CHEEZY WEDGES HOMEMADE  

Kekadang benda simple macam ni kita nak jugak masak refer resepi. Sebab tak semua orang pakar masak tau. So, resepi ni mesti membantu korang yang kurang yakin nak masak. Jom tengok bahan-bahan dan step memasak kat bawah ni.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Kentang wedges
  • Tepung goreng ayam Bestari/ tepung Adabi serba guna
  • Cheese
  • Sos
  • Mayonis

CARA PENYEDIAAN CHEEZY WEDGES HOMEMADE :

▶️ Potong kentang wedges dan kukus anggaran 5-10 minit.

▶️ Dah siap kukus toskan pastu gaul tepung goreng ayam atau bestari atau guna Adabi tepung serba guna.

▶️ Goreng macam biasa.

▶️ Siap digoreng, boleh letak cheese, mayonis dan sos!

 

BACA JUGA : Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Benda yang mudah simple nak masak macam ni, lagi elok kalau buat sendiri. Jimat pun jimat! Boleh makan bila-bila masa korang nak. Boleh jugak frozenkan cheezy wedges ni kalau nak. Time nak makan, tinggal goreg je siap!

Yang suka makan cheezy wedges garing boleh potong nipis sedikit kentang tu. Bila buat sendiri, dah tentu takde seketul pun kentang yang korang tak makan. Sebab kita boleh potong dan masak ikut citarasa kita. Betul tak?

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norashikin Ismail kerana sudi berkongsi resepi cheezy wedges homemade ini di Facebook. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open