Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cottage Pie Gabungan Sos Bolognese Daging Dan Kentang Lenyek. Memang Sedap Sangat!
Ada yang terasa nak try buat sendiri cottage pie kat rumah tak? Ha! Korang follow resepinya di sini. Resepi cottage pie ni merupakan menu klastik orang British yang sangat sedap. Dibuat menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan juga kentang.
Selain menggunakan daging, cottage pie ni juga boleh di masak menggunakan isi ayam. Tapi untuk resepi yang korang akan follow kat sini, kita akan lihat bagaimana cara penyediaan cottage pie menggunakan gabungan sos bolognese daging dan juga kentang lenyek.
Wah! Sebenarnya nak buat cottage pie ni boleh je nak pelbagaikan rasanya. Dibahagian atasnya pula akan di tabur dengan keju cheddar blok. Memang sedap dan puas hati bila nak makan nanti. Kalau beli kat luar sebijik je cottage pie ni boleh tahan mahal juga. Lagi best kalau buat sendiri.
Ada tak yang first time nak buat cottage pie ni. Kalau ada, resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Nurha Muhammad ni lah yang paling terbaik untuk korang follow. Resepi ni tak sampai sehari share dah viral! Mesti ramai peminat menu ni. Ala-ala makanan mat salleh gitu!
Dua bahan kentang dan daging perlu di buat berasingan terlebih dahulu sebelum di masukkan kedalam bekas yang bersesuaian. Di mulakan dengan sos bolognese dan di ikuti dengan kentang lenyek. Kemudian, boleh letak ceri dan cheese diatasnya. Barulah di bakar. Mudahkan!
RESEPI COTTAGE PIE
Tak nak cakap banyak lagi, korang boleh tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan di bawah ni. Kalau semua bahan dah lengkap, bolehlah mula buat cottage pie. Cottage pie ni sekali pandang macam lasagna. Tapi, tak ye. Jom try buat kat rumah!
Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kentang lenyek :
- 4 biji kentang Russet
- 2 sudu besar mentega
- 3 sudu besar susu penuh krim
- 1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
- Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
Bahan untuk sos bolognese :
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 biji bawang holland (dicincang dadu)
- 400g daging kisar
- 4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
- 1/2 tin tomato puri
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- Lada hitam kasar
- Garam, gula secukupnya
- 1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN COTTAGE PIE :
▶️ Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
▶️ Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
▶️ Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
▶️ Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
▶️ Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
▶️ Masukkan tomato, tomato puri dan air.
▶️ Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
▶️ Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
▶️ Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
▶️ Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
▶️ Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
▶️ Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Buat Ayam Bakar Thai Ala Resepi Khairulaming. Siap Dengan Sos Pedas Lagi. Fuh! Memang Sedap Sangat!
Wah! Dah siap pun. Sedap dimakan panas-panas! Kalau kat negara orang putih, cottage pie ni di kategorikan sebagai dessert bila hi tea. Kalau kita orang Melayu ni mesti rasa cottage pie ni macam kuih kan. Tak kira apa pun kategori menu ni, yang penting sedap dan anak-anak pun suka.
Kalau anak-anak korang tak makan daging, korang boleh gantikkan daging tu kepada ayam. Menu ni sangat sesuai di hidang bila ada jamuan, open house atau hari jadi. Mesti ada tetamu yang tanya. Buat sendiri ataupun tempah. Kalau ada yang tanya, korang share lah resepi ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurha Muhammad kerana sudi berkongsi resepi cottage pie gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!